Hunny Madu perjelas foto bercvmbu dengan jejaka Itali

PENGACARA dan penyanyi Hunny Madu memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan gambar posnya di instagram bersama dengan seorang jejaka Itali yang dianggap keterlaluan bagi sesetengah pihak.

Sebenarnya Hunny Madu dan jejaka Itali tersebut, Fedrighi Francesco telah selamat bergelar suami isteri pada 2 Mei lalu.

Majlis dilakukan secara atas talian memandangkan situasi p4ndemik C0VID19 masih belum reda.

Malah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarganya di ibu kota itu juga tidak membabitkan tetamu.

“Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja.

“Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya.

“Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.

“Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru. Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” kata Hunny yang berkenalan dengan suaminya sekitar awal January tahun lalu.

Suaminya, Fedrighi memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018.

Menurut Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan September lalu.

“Namun terpaksa ditvnda kerana ada hal yang tak boleh saya kongsikan. InsyaAllah majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai waktu mendatang,” katanya.

Kontr0versi mengenai foto itu tercetus ketika pasangan tersebut ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut membabitkan dua anak Hunny dari perkahwinan terdahulu, iaitu Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.

 

Dalam pada itu, Hunny juga memanjat kesyukuran kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga.

“Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah,” katanya.

Hunny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid, namun menemui titik noktah pada Oktober 2018. Mereka berkahwin pada 2010. 

 

 

 

Sumber: Wilayahku