“Bukan strategi pemasaran, saya tak jual niqab” – Neelofa

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa menegaskan niqab yang dipakai hanya dibuat untuknya dan bukan untuk dijual.

Neelofa, 31, berkata, sejak dia mula mengenakan niqab atau purdah pada 15 Oktober lalu, niatnya itu disalah anggap segelintir pihak yang menyifatkan keputusan itu dibuat sebagai strategi pemasaran perniagaan miliknya, Naelofar.

Terdahulu, pengacara Next To Neelofa itu berkongsi tidak pernah terfikir untuk mengenakan niqab memandangkan kecantikan menjadi pilihan utama kaum wanita.

Bagaimanapun, selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh, dia sanggup mengorbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan dibuat bukannya mudah.

Dalam pada itu, Neelofa yang dikatakan dirisik Pencetus Ummah Haris baru-baru ini menafikan penghasilan perisa mangga untuk jenama susunya dibuat istimewa buat pendakwah bebas itu.

Ia berikutan perisa baharu itu menggunakan tanda palang #semaniscintapertama, sekali gus dikaitkan dengan desas-desus hubungan mereka.

“Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Apa yang menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,” katanya ketika ditemubual Sara Rancak menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli belah Shopee, semalam.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM