Hubungan dikhabarkan berantakan, adik-beradik Neelofa sind1r PU Haris?

Nama pengacara dan usahawan Neelofa dan kekasih hatinya, Haris Ismail kembali trending nombor satu dalam Twitter sejak sejam lalu gara-gara spekulasi warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan Islamik tersebut kini berantakan.

Khabar angin itu mula tercetvus selepas beberapa pengguna media s0sial mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa turut memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyind1r seseorang.

“Warna sebenar seseoramg akan terb0ngkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbod0hkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” ungkap bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, kesemua mereka juga tidak lagi mengikuti bekas Instagram peserta Pencetus Ummah itu dan turut memadam foto majlis merisik Neelofa yang diadakan pada 1 November lalu.

Ibu Neelofa, Noor Kartini, turut memadam gambar majlis merisik Neelofa dari Instagram nya. 

Rata-rata netizen membuat andaian bahawea hubungan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan Haris akan berakhir tidak lama lagi dan majlis perkahwinan yang dijangka berlaku sekitar bulan Mac tahun depan seperti tidak kesampaian.

Bekas pengacara MeleTOP itu  sudah dirisik oleh keluarga Haris dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa pada 1 November lalu. 

Bahkan, pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo