Selalunya, setiap tahun ratusan ribu jemaah akan berada di Tanah Suci Mekah samada untuk menunaikan umrah mahupun mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji.
Istimewanya Mekah, Allah SWT telah menjadikan tempat itu penuh keistimewaan dan keajaibannya tersendiri.
Sesiapa yang telah ke Mekah pastinya ingin kembali ke sana lagi. Ada kalanya rasa kerinduan itu seolah sukar dibendung dan hati meronta-ronta untuk kembali menjadi tetamu di rumah Allah ini.
Namun tahun 2020 menjadi saksi, Mekah tidak lagi menerima kunjungan tetamu dari serata pelusuk dunia akibat p4ndemik Covid19.
Maka dengan itu, kami bawakan 10 fakta menarik tentang Mekah (khususnya sekitar Kaabah dan Masjidil Haram) untuk mengubat kerinduan semua umat Islam.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti yang sangat stabil.
2. Oleh kerana tekanan graviti sangat tinggi, di situlah berpusatnya suara – suara yang tidak dapat di dengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberikan kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan dari segala macam peyakit.
4.Mekah mempunyai banyak tempat mustajab untuk berdoa dan mudah terkabul kerana situlah tempat gema atau ruang dan masa serentak.Antara tempat mustajab berdoa ialah Hajar Aswad, Rukun Yamani, Multazam, Makam Ibrahim, Hijr Ismail, telaga zamzam, Arafah (saat berwukuf), tempat melontar Jamarah di Mina, Muzdalifah.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dirasakan frekuensinya.
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalam kembali tinggi atau penuh semangat untuk melakukan ibadah, tidak ada sifat putvus asa, dan ingin terus hidup untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Teknologi satelit dan gelombang radio pun tidak dapat menagkap apa yang ada di dalam Kaabah. Kekerapan radio bahkan tidak mungkin mendengar apa – apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
7. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya sehingga mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Itulah sebabnya jika solat di Masjidil Haram walaupun terbuka tanpa bumbung tetap terasa sejuk.
8. Di sana juga ada telaga zamzam yang mempunyai kelebihan dalam mera-wat penyakit.
Nabi bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik air yang ada di muka bumi adalah zamzam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.” (Riwayat Muslim)
Air zamzam tidak pernah kering sehingga hari ini walau diminum jutaan umat manusia.
Ini terbukti melalui kajian pernah dilakukan saintis Jepun, Dr Masari Emoto yang mendapati, air zamzam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain. Molekul air itu bercabang-cabang dan berkilauan serta begitu kukuh, strukturnya tidak berubah walau apa jua tekanan.
Malah, ia mampu merakam gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu dengan tepat.
9. Tidur dengan kedudukan menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel dar-ah merah.
10. Pergerakan tawaf mengelilingi Kaabah( yang bertindak sebagai pusat bumi )mengikut arah lawan jam membuat peredaran dar-ah didalam tubuh meningkat.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Malah kajian saintifik juga membuktikan kedudukan Kaabah yang berada di pusat bumi.
Apakah itu pusat bumi?
Pusat bumi bertindak seakan satu ruang atau suis yang mengawal seluruh cakerawala, bintang, matahari, planet dan ruang angkasa.
Bermakna pusat bumi itu ada tenaga yang cukup kuat yang tidak boleh dili hat, dengar, rasa tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Malah semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam.
Elektron mengelilingi nukles, molekul protein terbentuk dari kiri ke kanan, da-rah beredar juga dari arah yang sama di dalam badan, sperma juga beredar mengikut lawan jam, matahari, bulan dan planet semuanya berputar mengikut hukum yang sama.
Kerana itulah seseorang itu akan jadi bertenaga dan majoriti orang yang berada di Mekah sentiasa berasa sihat.
Bukan itu saja, pergerakan tawaf itu sendiri yang bertindak sebagai enjin memberi tenaga kepada bumi. Maka apabila ianya terhenti maka jajaran keseimbangan bumi juga akan terkesan.
Setelah melihat beberapa fakta di atas,maka tidak hairanlah mengapa kita akan terasa tenang sewaktu berada di sana.
Semoga Allah memberi kita peluang dan kesempatan menjadi Dhuyuf al-Rahman untuk melihat dan merasai kehebatan beribadat di kota Mekah.
Sumber: Islam Agamaku via Theavocket