3 cara ringkas untuk qadha(ganti) solat fardhu yang tertiggal

Solat itu tiang agama.

Solat wajib dilakukan bagi umat Islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar.

Ia membentuk peribadi seorang Muslim daripada melakukan perkara mugkar.

Bukan itu sahaja, solat juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesu sahan atau dalam kegembiraan.

Solat dari sudut bahasa beerti doa atau memohon kebajikan dan pujian manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.”

Namun begitu, ramai di kalangan kita yang pernah tertiggal solat fardhu sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja bahkan ada yang tidak pernah menunaikan solat fardhu sehingga bertahun lamanya!

Boleh jadi seseorang itu tertinggal solat atau tidak menunaikan solat fardhu kerana masih jahiil agama, lagha, l3ka dengan dunia, kesibvkan bekerja, mal-as dan sebagainya tetapi walau apa pun alasan hutag solat fardhu wajib diganti kerana hukum meniggalkan solat fardhu adalah termasuk dalam d0sa besar.

Sekiranya seseorang itu telah atau ingin berubah ke arah yang lebih baik dan ingin kembali ke pangkal jalan, dia wajib mengqadha semula kesemua solat fardhu yang telah ditinggalkannya sejak akil baligh.

Lakukan dari sekarang semampu mugkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai di samping perlu bertaubat kepada Allah SWT.

 

Berikut ialah beberapa cara qadha solat fardhu:-

1.Caara paling mudah,lakukan solat qadha setiap kali sebelum dan selepas solat fardhu.

Misalnya sebelum fardhu subuh qadha solat subuh. Dan selepas solat subuh,buat sekali lagi qadha solat subuh.

Demikian juga untuk ketika solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya.

Dengan cara ini anda telah pun qadha solat selama 2 hari.

Dalam masa setahun, anda dapat sempurnakan qadha sebanyak

2 hari x 30 x 12 = 720 hari.

Ertinya dalam masa 3 tahun qadha solat telah dilakukan untuk 2160 hari.

Mudah-mudahan dalam masa 3 tahun lebih sedikit sempurnalah ganti sekalian qadha solatnya yang telah ditinggalkan selama 10 tahun.

Cara ini tidaklah seseorang itu terasa berat dan runsinig untuk gantikan segala solatnya.

2.Solat qadha juga boleh dilakukan 5 waktu solat qadha sekali gus sebelum tidur atau ketika tengah malam semampu yang mungkin.

3.Solat qadha fardhu juga boleh dilakukan pada bila-bila masa contohnya ketika waktu Dhuha kecuali ulama’ menegaskan har-am untuk qadha solat fardhu semasa khatib sedang naik di atas mimbar untuk membaca khutbah. Wallahualam.

Mudah bukan?
Tidak terasa be ban dan dapat di sempurnakan dengan ketenangan. In shaa Allah.

 

Semoga usaha dan ibadah kita diterima Allah SWT.

 

 

 

Sumber: Web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan via Says, Utm.people