Kanak-kanak tertiggal di stesen minyak

Seorang kanak-kanak lelaki yang tertiggal di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Mawai-Kota Tinggi di sini petang tadi sudah selamat diambil keluarganya.

Terdahulu, dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, kanak-kanak terbabit,
Mohd. Rizki Izaki Nazri, 8,bersama abangnya turun dari kenderaan untuk ke tandas ketika keluarganya berhenti di stesen minyak berkenaan.

Malagnya selepas keluar dari tandas,Rizki mendapati abang serta keluarganya sudah tiada.

Perkara tersebut disedari salah seorang pekerja stesen minyak lalu terus menghubungi p0lis sebelum membawa kanak-kanak berkenaan ke Balai P0lis Kota Tiggi.

Dalam masa yang sama,keluarga yang menyedari ketiadaan Rizki kemudiannya berpatah balik ke stesen minyak itu sebelum dimaklumkan kanak-kanak itu berada di balai p0lis.

Berdasarkan keterangan, magsa memberitahu keluarganya menaiki sebuah van berwarna putih dalam perjalanan untuk pulang ke Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.

Menurut sumber, keluarga kanak-kanak terbabit dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas bercuti menuju ke Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Rizki kembali ke pangkuan keluarganya kira-kira pukul 6 petang.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussain Zamora menges4hkan kej4dian itu.

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo