Hanya selepas sebulan, Linda Onn peroleh kekuatan berkogsi berita pemergian mengejut ibu tersayang

Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mengakui dirinya masih memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk kembali menemui kekuatannya selepas pemergian Allahyarham ibunya, Sa’diah Khamis pada 9 Mac lalu.

Meskipun  akur dengan segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, namun, sebagai manusia biasa, Linda tidak dapat menahan perasaan sed1hnya.

“Saya tak kuat sebenarnya. Ramai orang tanya saya kenapa tak bagi tahu yang ibu saya meniggal. Kenapa lepas tiga minggu baru nak cakap di Facebook dan Instagram? Saya sebenarnya tak kuat.

 

“Masa hari yang saya nak bagi tahu di Facebook dan Instagram pun saya tak kuat. Ketika itu saya tak boleh terima lagi yang ibu dah pergi.

“Saya tahu itu semua kehendak tuhan tapi diri ini hanya manusia biasa. Saya asyik bertanya kenapa. Selepas tiga minggu baru saya ada kekuatan walaupun hanya sedikit.

“Ibu adalah jiwa saya. Ditambah pula dia duduk dengan saya. Dialah teman baik, tukang k0men dan macam-macam lagi saya buat dengan dia.

“Setiap hari saya ada dengan dia siang dan malam. Bila saya kehilagan dia, saya sangat terkeejut. Untuk menghilangkan rasa sed1h, saya banyak berdoa untuk dia,” jelas Linda dengan panjang lebar.

Cerita Linda lagi, pada mulanya dia hanya menganggap ibunya itu hanya mengalami sak1t biasa namun, segalanya berubah setelah ibunya menjalani pembed4han di perut.

“Pada mulanya saya ingatkan dia sak1t perut sahaja, dan bila pergi ke doktor keadaan kesih4tannya semua okay. Cuma ada sedikit mas4lah di bahagian perut dan hempedu.

“Bila dah buat pembed4han. K0mplikasi lain pula yang datang. Selepas dua minggu, Allah tar1k nyawa dia. Kalau ibu dah sak1t lama mungkin saya bersedia.

“Sangat mudah untuk ibu pergi. Dia tak mender1ta cuma beberapa minggu sahaja dia tah4n sakit.

“Tapi yang agak mender1ta ketika ialah kita yang tinggal ni. Tak tahu bila boleh hilang kesedihan,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM ini turut melvahkan rasa lega kerana sempat memenuhi segala permintaan ibu disepanjang hayatnya.

“Saya tidak terkilan apa-apa kerana semua yang ibu nak, saya dapat tunaikan. Masa dia sak1t pun, dia dapat apa yang dia minta.

“Cuma hati saya rasa sedikit berat sebab saya dah rancang semuanya untuk dia balik. Dia pun minta saya masak makanan sihat je lepas ni.

“Tapi dia tak balik dan dia hanya balik sebagai jen4zah,” akhirinya.

Semoga arwah ibu Linda ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH