Pelakon yang yang juga kini penceramah bebas, Zul Yahya mencadagkan sudah tiba masanya masyarakat Islam yang positif Covid-19 dengan gejala ringan dikuarantin di dalam masjid.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkiffili Yahaya , 48, fugsi masjid perlu diperluaskan dengan menghidupkan kembali amalan di dalamnya andai ingin mendapatkan bantuan Allah.
“Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif Covid-19 bergejala ringan di masjid. Bukankah itu lebih baik kerana mereka dapat hidupkan amalan masjid 24 jam dan masjid pun tak sepi.
“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid supaya menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat lebih banyak manfaat. Mungkin boleh menambahkan kebaikan kepada mereka.
“Kita semua tahu fungsi masjid itu sangat luas. Kita nak dapatkan bantuan Allah SWT, tapi rumah Allah SWT tidak diim4rahkan. Ada cara Allah SWT bagi tetapi kenapa tak diusahakan?
“Uj1an ini adalah hikmah buat kita, bukannya mus1bah,” luahnya menerusi Faceb0ok.
Kata bintang filem MX3 itu lagi, sebagai menyokog perkara berkenaan, dia dan beberapa rakannya bersedia menyvmbang khidmat membantu menguruskan pes4kit yang dikuarantin di tempat dicadangkan itu.
“Saya serta sahabat bersedia memberikan masa untuk menguruskan mereka yang berada di masjid itu.
“Ada masjid yang luas mampu meletakkan beratus jemaah. Paling menggembirakan solat fardu akan sentiasa penuh seperti solat Jumaat,” katanya lagi.
Tambah pelakon yang popular dengan drama Pepaya itu, saranan sama pernah disuarakan tahun lalu namun tiada pihak mempedul!kannya.
“Para ulama yg dimuliakan lagi dikasihi serta sahabat, mohon dipanjagkan perkara ini,” katanya penuh harapan.
Sumber:Kosmo