Suka buat kerja berat, Ammar kini tawar servis pengangkat barang

Pelakon berbadan sasa, Ammar Alfian, mengumumkan dia kini melakukan perkhidmatan mengagkat barang sepanjang tempoh Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) penuh.

Menerusi entri Instagram Ammar, dia turut memberitahu selain servis berkenaan, dia turut menawarkan servis menghantar dan membuang barang kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Selanjutnya, dia berkongsi pekerjaan itu pernah dilakukannya semasa di Melbourne, Australia iaitu sebagai pengangkat barang untuk ‘minimovers’ di sana.

“Saya suka melakukan kerja berat dan ianya sesuai dengan saya terutamanya semasa PKP penuh ini. Saya biasa melakukan pekerjaan ini ketika di Melbourne, Australia untuk ‘minimovers’.

“Jadi, sesiapa yang ingin bagi kerja angkat barang, hantar barang serta buang barang, jangan malu-malu. Boleh cari saya di aplikasi Go Getter. Perkhidmatan saya di Kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon tersebut akan menyalurkan sedikit keuntungan kepada tabung Palest1n.

 

 

Sumber:UM