Para penyumbang mula tertanya ke mana pergi hasil sumbangan

Biarpun sudah memberi penjelasan secara ‘live’ tentang segala t0hmahan yang dilemparkan kepadanya, nampaknya masih ada yang belum berpuashati dengan
misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin kendalian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.

Seperti yang dilaporkan oleh portal media MalaysiaGazette,beberapa tangkap layar di Faceb0ok menunjukkan beberapa individu memohon ketelusan wang sumbangan mereka selepas difahamkan ia tidak digunakan di negara itu.

Malah ada yang meluahkan rasa terkilan kerana wang sumbangan yang sudah diniatkan untuk rakyat Pal3stin tidak sampai ke sana.

“Ustaz Ebit mungkin tak boleh cakap macam itu kot. Apa salahnya cakap duit sumbangan orang ramai sekali.

“Memang dia tidak buka tabung tapi duit tetap orang derma ke akaun dia yang sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik.

Khamis lalu, dalam satu sidang video secara langsung di media s0sial, Ebit meng4kui tidak pernah membuka sebarang tabung untuk mengutip sumbangan kepada penduduk di Pal3stin.

Menurutnya, perbelanjaan beliau untuk ke Gaza adalah dengan menggunakan duitnya sendiri.

“Orang ramai yang tidak tahu pasal G4za ni m4ki dengan kata-kata kes4t kerana mereka ingat saya bawa duit sumbangan rakyat Malaysia pergi ke sana.

“Saya tidak pernah terfikir langsung untuk kutip sumbangan atas nama G4za. Saya pergi dengan duit saya sendiri dan beberapa sahabat rapat serta rakan-rakan di Facebook.

“Tujuan saya pergi ke G4za adalah untuk membantu mereka yang memerlukan serta niat hanya untuk Allah SWT,” jelas beliau.

 

 

 

 

Sumber: MalaysiaGazette