Dilema penduduk pulau: Ada duit banyak pun tak guna

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi 2,000 penduduk di Pulau Perhentian, di sini mereka bukan sekadar hilang punca pendapatan, malah turut ‘terperangkap’ di pusat peranginan itu ekoran Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

Selepas sektor pelancongan ditutup, penduduk di pulau tersebut terpaksa bercucuk tanam dan memancing ikan demi mengisi perut keluarga masing-masing kerana tidak dapat bebas bergerak akibat kek4ngan PKP.

Malah yang lebih memilukan,dalam keadaan pandemik yang memba-taskan pergerakan ketika ini, wang simpanan di bank tidak mampu menyelesaikan mas4lah terputus bekalan makanan dihadapi mereka.

Menurut seorang penduduk, Nik Zah Othman, 62, sekiranya memerlukan wang, penduduk terpaksa menaiki bot ke pekan terdekat di tanah besar iaitu Besut oleh kerana ATM ( mesin pengeluaran automatik) tidak terdapat di pulai itu.

“Ada duit yang banyak pun tidak guna, kerana tidak ada ATM (mesin pengeluaran wang automatik) di pulau ini. Jika hendak keluarkan wang, kami perlu menaiki bot ke pekan terdekat di tanah besar iaitu Besut.

“Setiap hari, saya terpaksa berjimat cermat, kerana bimb4ng takut terpvtus bekalan. Kita bukan boleh berurusan dengan bank atau pergi membeli belah di kedai-kedai setiap masa seperti di tanah besar,” katanya ketika dihubungi.

Nik Zah berkata, selain memancing sendiri ikan untuk dijadikan lauk harian, dia kini bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran untuk menampung keperluan keluarga di samping turut dijual kepada penduduk kampung.

“Bantuan bakul makanan daripada pelbagai pihak ada juga sampai, tetapi tidak selalu. Disebabkan jarang-jarang diterima, bakul makanan itu habis dengan cepat kerana semua rumah tidak kira orang susah atau senang memerlukannya ketika ini,” katanya.

Prihatin dengan rintihan penduduk terbabit, Pertubuhan Kasih Neelofa terpanggil untuk menyalurkan sumbangan bakul makanan bernilai RM40,000 untuk diagihkan kepada kira-kira 2,000 penduduk yang terjejas, Khamis lalu.

Pengurus Pertubuhan Kasih Neelofa Pantai Timur, Noor Suryanti Noor Mohamed berkata, selain penduduk di pulau tersebut, bakul makanan turut diagihkan kepada 160 pemandu bot tambang ke Pulau Perhentian yang kini hil4ng mata pencarian masing-masing.

“Sebelum ini kita dapat banyak panggilan daripada penduduk di Pulau Perhentian mend4kwa mereka terpu-tus bekalan makanan dan sukar untuk ke daratan kerana kekangan PKP ketika ini. Diharap sumbangan bakul makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya.

 

 

 

Sumber: Utusan