Allahuakbar.Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara. Bagi pelakon popular Saharul Ridzwan dia tidak pernah menyangka gara-gara lintasan hatinya ingin merasa bagaimana perasaan t4kutnya m4ti itu menjadi titik tolak penghijrahannya kini.
Cerita Saharul, 32, kejadian mena-kutkan itu berlaku selepas dia mempers0alkan tahap keimanannya terhadap hari kema-tian.
“Saya masih teringat kejadian semasa saya mandi air terjun, sebelum itu saya ada bertanya dengan emak, ada tak hadis atau kitab bercerita tentang berimannya kita dengan kema-tian… macam mana rasa takut m4ti? Akhirnya Allah bagi cash saya merasainya!
“Mula-mula saya terjun dalam air dengan menyebut Lailahaillallah, seronoklah terjun semasa itu tanpa apa-apa mas4lah sehingga ada sekumpulan remaja suruh saya terjun lagi… tapi kali kedua ni saya lupa nak sebut kalimah itu.
“Saya hampir lem4s, rasa ditarik ke dalam air macam dah nak m4ti, saya mengucap… saya nampak ada kaki di atas dan saya tarik untuk naik… remaja tersebut tanya saya kenapa? Lemas?
“Nampak situasi tu macam biasa saja… samalah macam hidup zahirnya nampak sed-ih dan sa-kit itu semua tapi kita yang rasa tak boleh nak cakap. Saya terus istighfar… takutnya!” katanya.
Saharul berkongsi hal berkenaan menerusi video membincangkan tentang tajuk erti ‘sebuah penghijrahan’ yang dikongsikan di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.
Turut kelihatan dalam rakaman perbincangan tersebut ialah pelakon dan penyanyi Alif Aziz yang juga sudah mula mendekatkan diri dengan agama.
Dalam pada itu, Saharul berkata dia kini lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh.
Dia bersyukur dengan nikmat yang dimiliki hari ini dan percaya apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT.
“Selama 32 tahun kita cakap Lailahaillallah hanya sekadar di mulut sahaja tapi kita tak betul-betul faham. Sebelum ini tiga hari saya keluar (mengikuti tabligh), saya demam pula.
“Semasa itu saya tanya kenapa Allah nak duga… sampai la saya ambil paracetamol. Saya cakap ubat ni tak boleh baikkan aku tapi aku makan dengan izin Allah untuk ubatkan aku.
Apabila Allah bagi kita faham tentang agama, makin lama perasaan makin tak-ut sebab tak-ut Allah ambil semula apa yang kita faham ini!
“Alhamdulillah demam elok sedikit… daripada situ saya fikir Allah nak tunjuk kuasanya. Adakah makan ubat dapat legakan sa-kit? Tak! Semuanya dengan izin Allah,” ujarnya.
Dalam usahanya untuk istiqamah mencari keredaan Allah, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia selalu berpesan kepada isterinya iaitu Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir untuk terus berdoa.
Ini kerana dia takut jika hidayah dan pemahaman mengenai agama yang mereka miliki itu ditar-ik semula oleh Allah.
“Setiap hari saya cakap dengan orang rumah kita kena berdoa selalu sebab kita tak tahu bila-bila sahaja Allah boleh tarik (nikmat yang ada).
“Sebelum ini tiga kali saya pergi ke Makkah, saya berdoa jadikan saya pelakon hebat, minta berlakon filem aksi, minta anak perempuan… semua Allah bagi! Tapi saya kes-al tak minta Allah pelihara iman saya, hanya minta hal dunia.
“Teringat sebelum ini Allah dah bagi petunjuk awal untuk saya kembali kepada-Nya.. pada tahun 2016 saya kemala-ngan, kereta rosak teruk tapi satu lu-ka pun tak ada pada saya, Allah dah bagi petunjuk tapi saya masih tak sedar lagi,” ceritanya.
Sumber:mstar