Banjir merah resahkan penduduk Kampung Seri Jaya Baru

Banjir merah yang melanda Kampung Seri Jaya Baru, Tampoi, awal pagi tadi, dipercayai berpu-nca dari sebuah kilang elektronik berhampiran yang sudah tidak beroperasi sejak setahun lalu.

Mantan Ketua Kampung Pasir, Azmi Misri, 54, berkata fen0mena banjir merah ini adalah pertama kali berlaku dan ia menimbulkan kere-sahan dan kebim-bangan penduduk kerana ia berbau seperti minyak, selain menyebabkan anggota badan menjadi gatal.

“Banjir kilat memang sering melanda kawasan ini apabila hujan lebat bertembung dengan air pasang, namun banjir merah pagi tadi tidak pernah berlaku.

“Saya dan penduduk di sini, percaya banjir merah ini berpun-ca dari kilang elektronik berhampiran yang setahun sudah tidak beroperasi, berikutan bau minyak yang kuat dipercayai dari mesin dan bahan yang ditiggalkan di situ.

“Penduduk berharap perkara ini disiasat pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kepada kesih-atan penduduk,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banjir kilat kerap berlaku di Kampung Seri Jaya Baru, apabila hujan lebat bertembung air Sungai Sekudai.

Katanya, ia berikutan tiga pam yang sepatutnya mengepam limpahan air di tali air serta anak sungai ketika hujan lebat, sudah rosak.

Sementara itu, Komander Oper4si Balai B0mba dan Penyelamat (BBP) Kempas , Mohd Yazid Abdul Rahman, berkata air banjir kilat awal pagi tadi naik hingga ke paras satu meter, surut dalam kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya melakukan pem4ntauan di perkampungan berkenaan berikutan risau air banjir berwarna merah itu boleh menje-jaskan kesih-atan penduduk.

“Namun, air merah itu surut dalam tempoh beberapa jam dan tiada masa-lah lain yang timbul.

“Penduduk juga tidak dipindahkan ke kawasan lain dan tiada sebarang kemal4ngan jiwa dilap0rkan,” katanya.

 

 

Sumber:HM