“Tiada istilah se.rik cuma dia tidak minat saya” – Pengiran Adam

Pernah berkahwin dan bercer.ai dengan pelakon Fiza dan kemudian rujuk dan cer.ai semula, tidak membuatkan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia,Adam atau nama sebenarnya Aizam Mat Saman ser1k untuk mendirikan rumahtangga.

Ulas Adam,”Tiada istilah ser1k, kalau ada jodoh untuk berkahwin esok, maka esok jugalah saya kahwin. Jadi tidak wujud perkataan tra.uma atau apa, sebaliknya saya masih mencari.”

Bergelar duda sejak tahun 2016,Adam yang kini dikenali sebagai Pengiran Adam berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.

“Aj.al, ma.ut dan jodoh semuanya terletak di tangan Allah SWT. Jadi saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Ada yang saya berkenan namun dia tidak minat saya pula,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Walaupun telah lama berpi.sah,penyanyi ini masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya itu.

“Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar. Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.

“Ada sesekali komunikasi, kami akan berkogsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu,” jelas Adam yang ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah di sini, semalam.

Adam menikahi Fiza pada 2013 ketika pelakon itu berstatus ibu tu.nggal kepada dua cahayamata. Sepanjang bergelar suami isteri,pasangan ini tidak dikurniakan cahayamata.

 

 

 

Sumber:Harian Metro