Bengkel hampir tenggelam, Black bersyukur bisnes tak terjej4s,bagi diskaun kepada pelanggan m4ngsa banjir

Mengusahakan bengkel mengecat kenderaan dikenali Ny4wa Black Body & Paint Works di TTDI Jaya, Shah Alam sejak 2017 lalu,penyanyi Black Hanifah, 33, tidak terkecuali berdepan dengan situasi banjir di Selangor, baru-baru ini.

Walaupun tingkat bawah bengkel keretanya hampir tenggelam, namun Black berkata dia bersyukur kerana ia tidak terjej4s ter.uk dan pekerjanya semua selamat.

Beroperasi di bangunan kedai dua tingkat, Black berkata bahagian bawah kedai yang menempatkan kompresor dan oven untuk mengecat kereta, didapati tidak mengalami sebarang ker0sakan.

“Alhamdulillah, semuanya okey. Barang-barang itu semua masih boleh diguna pakai semula. Tidaklah ru.gi apa-apa, kerana yang paling penting pekerja saya selamat.

“Saya juga bersyukur kerana selepas selesai mencuci bengkel hingga kering dan sudah kemas sepenuhnya, tak sampai seminggu banyak kereta mula dihantar kepada kami untuk dicat.

“Itulah yang orang kata rezeki selepas banjir. Dug4an memang banyak yang datang, namun rezeki saya bertambah-tambah dikurniakan Allah SWT,” katanya lagi.

Menurut Black, Allah sudah menyusun dengan baik apa yang berlaku dalam kehidupannya kini meskipun harus berdepan uj-ian tidak diduga.

“Saya bersyukur dengan apa yang terjadi. Yang penting tiada kemalagan jiwa. Kehidupan saya pun kembali normal dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Bagaimanapun saya k4sihan juga tengok bengkel-bengkel lain yang baru nak mulakan perniagaan, teng-gelam dalam kejadian banjir besar yang tidak pernah dij4ngka ini.

“Kepada m4ngsa-m4ngsa banjir yang hantar kereta ke bengkel saya, memang saya berniat nak bagi diskaun kerana simp4ti dengan mereka.Saya bagi harga berpatutan untuk ringankan beban mereka,” katanya lagi.

Perniagaan bermodalkan RM150,000 menjadi aset jaminan hidup Black dan keluarganya pada masa depan.

Selain itu, ia juga bagi membantu isterinya, Naquia Yasirah atau Cira memiliki perniagaan sendiri untuk menyara ibu bapanya dan keluarga di kampung.

Dalam pada itu, Black turut melahirkan keterujaan untuk berpindah ke kediaman baharunya berdekatan Saujana Utama, tidak lama lagi.

“Rumah ini dah dibeli sejak tiga tahun lepas. Dari biar begitu saja kerana tak diduduki, baiklah kami sekeluarga berpindah masuk ke situ. Lagipun, sekolah Daiyyan pun dekat situ juga,” katanya.

Black mendirikan rumah tangga dengan Cira pada 2013 dan kini dikurniakan sepasang anak iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

 

Sumber:HarianMetr0