Azlee Khairi meng4ku nikah secara r4hsia buat kali kedua setahun yang lalu

Pelakon yang pernah mencetuskan fen0mena menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013,Azlee Khairi menges4hkan berkahwin secara rahsia buat kali kedua pada Januari tahun lalu, dengan memilih kru penerbangan, Nurul Hidayah atau Dhiya sebagai isteri.

Sebelum ini, Azlee pernah mendirikan rumah tangga,juga secara rahsia bersama dengan warga Brunei ketika namanya berada di puncak populariti pada 2014 dan memilih untuk menetap di sana.

Namun sekembalinya Azlee ke Malaysia dan aktif berlakon semula pada November 2019,Azlee menges4hkan dirinya bukan lagi suami orang.

“Ya, saya sudah berkahwin. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri yang memiliki dua cahaya mata. Cuma, saya menghormati pendirian isteri tidak mahu soal peribadi dided-ahkan.

 

“Alhamdulillah, hasil perk0ngsian hidup, kami dikurniakan cahaya mata lelaki yang kini berusia lima bulan.

“Majlis pernikahan juga dibuat atas talian dan hanya membabitkan ahli keluarga dan sanak-saudara masing masing,” katanya lagi .

Terdahulu, perk0ngsian gambar sambutan hari lahir ke-33 yang dimuat naik, empat hari lalu menerusi Instagram turut mengundang pelbagai spekul-asi.

“Saya rasa inilah waktu terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun, saya jenis yang tidak suka menggembar-gemburkan perkara peribadi.

“Cuma, ada juga netizen s4lah faham dan menganggap saya sudah memiliki dua cahaya mata. Salah seorang, anak tiri saya,” katanya.

Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis resepsi pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, perancangan tergen-dala berikutan situasi p4ndemik COVID-19.

“Namun, majlis yang tertu-nda akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

Mengulas perkahwinan terdahulu dan kini juga penuh mi-steri dan r4hsia, Azlee percaya, jodoh yang diatur Allah adalah sesuatu yang tidak terd-uga.

“Paling penting, soal kahwin biarlah hanya keluarga tahu. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kena ikut rentak sahaja, just go with the flow.

“Seperti lelaki lain yang mend-ambakan kebahagiaan, saya juga tidak terkecuali. Cuma, ada ketikanya apa yang diharap dan diimpikan tidak berak-hir dengan kemanisan.

“Seperti perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri, saya ada kenal dan bercinta dengan wanita lain, namun, put-us di tengah jalan.

“Ia pr0ses kehidupan yang saya kena lalui. Apapun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai akhir hayat,” kata pelakon drama Seadanya Aku ini.

 

 

 

Sumber:BH