Aliff Aziz bawa keluarga tunai umrah

Juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz dan isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah selamat beragkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Selain Bella, Aliff turut membawa kedua mertuanya bersama.

Sementara itu Bella Astillah turut memvatnaik perkara yang sama di Instagramnya. 

Tulis Bella, 

“Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.

“Permudahkan lah kami untuk melihat keindahan alam ciptaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya disisiMu.

“Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu,” luah Bella penuh em0si. 

Menjengah di perkogsian Instastory yang lain, dia ada berk0ngsi kembali (repost) ucapan dan doa yang baik-baik dari kenalan dan keluarga terdekatnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff diijab kabulkan pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Memenangi Gegar Vaganza kelapan (GV8) hujung bulan lalu, melayakkan Aliff Aziz membawa pulang wang tunai berjumlah Rm100,00 berserta piala. 

Semoga Aliff dan keluarga dikurniakan umrah yang mabrur. Insya Allah.

 

 

 

 

 

Sumber:Utusan