Kebiasaannya, perkahwinan yang berkec4i di tengah jalan akan membuatkan bekas pasangan suami isteri berma-sam muka dan langsung terputus hubungan.
Tetapi tidak bagi aktor tampan, Keith Foo kerana dia menga-kui, hubungannya dengan bekas isteri, Kim Raymond menjadi semakin baik selepas mereka bercerai.
Hubungan baik antara Keith dan Raymond mendapat perhatian ramai selepas dilihat meluangkan masa bercuti bersama-sama di Sabah pada 5 Mac lalu bersama anak mereka, Skylar Raymond Foo.
Keith berkata , dia bersyukur kerana selepas berpis4h, hubungannya menjadi jauh lebih baik berbanding ketika masih bergelar suami isteri.
“Apa yang kami lakukan, semuanya demi anak. Pergi bercuti bersama, hantar anak ke sekolah. Kalau dia sibuk, saya akan jaga dan begitu juga sebaliknya. Bergilir-gilirlah,” ujar Keith lagi.
Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 39, berkata, buat masa ini dia lebih selesa hidup solo dan tidak terfikir untuk menjalin kembali hubungan bersama bekas isterinya apatah lagi mencari pengganti.
Ketika diajukan s0alan adakah akan berbaik semula dengan Kim, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Ariana Rose ini segera men4fikan.
“Kami dah baik sebagai kawan, jadi kenapa nak r0sakkan hubungan ini dengan mencuba kali kedua.
“Kami dah pernah mencuba sebelum berce-rai. Daripada bergaduh dan biarkan anak membesar dengan tengok keadaan sebegitu, jadi lebih baik tidak. Bila anak tengok, walaupun ibu bapanya berpis-ah tapi gembira, itu yang paling penting.
“Pada masa sama, saya pun tak nak mencari pengganti buat masa ini. Sebab lebih nak fokuskan pada anak sebab dia masih kecil sehingga usia dia dah boleh terima dan tahu status kedua ibu bapanya,” ujarnya.
Untuk rekod, Keith mendirikan rumah tangga bersama Kim pada November 2015 setelah 14 tahun berkenalan.
Hasil empat tahun hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo yang kini berusia lima tahun.
Sumber:K0smo