Imam Muda Asyraf kagum semangat Haeriyanto Hasan lawan peny4kit

Umum mengetahui bahawa pelakon senior Haeriyanto Hasan telah menerima raw4tan di H0spital Ampang selepas keadaan sarafnya menjadi lem4h sehingga menyeb4bkan sebahagian daripada anggota badannya sukar untuk bergerak.

Baru-baru ini, pendakwah bebas dan pengacara, Imam Muda Asyraf berpeluang menziarahi Haeriyanto di rumahnya untuk menyampaikan bantuan yang telah disumbangkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon itu untuk terus melaw-an peyakit yang sedang dilaluinya ketika ini.

Menurut Asyraf, Haeriyanto mempunyai semangat yang sangat luar biasa.Berkali-kali beliau ulang menyebut, yang beliau insyaAllah akan direzekikan kesembuhan oleh Allah.

Antara babak lakonan Haeriyanto

“Abang Haerieyanto punya semangat sangat luar biasa.Semangat untuk berkhidmat. Semangat sebagai ketua keluarga. Berkat doa yang tak henti. Yakin dengan kuasa Allah. Itulah yang banyak saya belajar hari ini,” tulis penceramah itu di Instagramnya.

Asyraf yang juga selaku pengacara program Sembang Viral Mega berkata, dirinya telah banyak mempelajari ilmu baharu sewaktu lawatan tersebut antara adalah untuk sentiasa percaya dengan kuasa Allah.

“Pelakon Haerieyanto Hassan baru-baru ini dikejarkan ke H0spital Ampang (HA), Selangor selepas mengalami str0k ringan yang mengakiba-tkan anggota badan sebelah kiri kaku.

“Terima kasih team Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, PERKESO, Baitulmal-Maiwp, Persatuan SENIMAN, Asiafest dan semua penyumbang. Semoga Allah rahmati,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan k0men, rata-rata netizen nyata gembira melihat perkembangan terkini pelakon tersebut selain turut mendoakan semoga Haeriyanto akan kembali sembuh seperti sedia kala.

“Semoga cepat sembuh bang. Saya peminat abang sejak lama.

“Semoga Allah berikan kesembuhan dan permudahkan segala urusan Abang Haeriyanto sekeluarga. He is one of the versatile actor on screen.

“Patutlah lama tak nampak dekat tv. Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah. Amin.

“Memang minat sangat dengan Abang Haeriyanto ni berlakon. Semoga ceoat sihat bang. Dapat tengok abang berlakon lagi.

“MasyaAllah pelakon hebat. Semoga cepat sembuh. Amin, antara komen-komen netizen di Instagram.

Haeriyanto kini sedang berehat daripada aktiviti lakonan buat sementara waktu sehingga keadaan kesih4tannya memuaskan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH