Tiada lagi rahsia.
Sepertimana yang semua sedia maklum, pengacara dan pelakon, Myra Natasya,27 merupakan anak kandung kepada bekas penyampai radio terkenal, Halim Othman, 56.
Myra merupakan anak Halim bersama bek4s isteri yang dinikahinya di Thailand ketika Halim belum pun lagi menjadi figura terkenal ketika itu.
Lanjutan peng4kuan jujur dari dua beranak ini, netizen mula ‘menjejaki’ siapakah wanita yang pernah menjadi suri kepada pengacara rancangan Roda Impian ini.
Terkini, Myra menerusi akaun Instagram miliknya berk0ngsi sekeping gambar pertama kali menyambut lebaran ‘secara terbuka’ bersama-sama ayah kesayangannya.
Bukan itu sahaja, foto Myra itu turut melihatkan dia berdiri sambil diapit oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kandungnya.
Ditambah pula dengan kapsyen ‘Raya paling bermakna’ menguatkan lagi d4kwaan bahawa itulah wanita yang pernah menjadi pasangan kepada Halim Othman.
Sehingga artikel ini ditulis ,tiada sebarang peges4han dari pihak Myra siapakah wanita yang berada di sisinya itu .
Meninjau ke ruangan k0men, ada yang memanggil ‘ibu’ Myra ini dengan paggilan Kak Nita.
Tidak kurang juga yang memuji kecantikan Myra diwarisi dari ibunya itu.
Sumber: IG Myra Natasya