Search dituntut langsaikan hutang dari tahun 2016 berjumlah RM500,000. Ini sebabnya Amy terkecuali

Pernah menjadi penaja dan penganjur Konsert Search 35 yang dirancang untuk diadakan pada 2016, Syarikat Afjects Sdn. Bhd (Afjects) kini menuntut
tiga anggota kumpulan Search iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) membayar hampir RM500,000 sebagai ganti rugi khas susulan pembatalan konsert tersebut.

Ia seperti yang diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pada 2017 kerana melanggar perjanjian.

Bukan itu sahaja, Afjets juga berhak menerima ganti rugi am yang belum ditaksirkan, yang dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.

Bagaimanapun atas nasihat peguam, syarikat tersebut tidak mengemukakan ti-ndakan terhadap penyanyi asal Search, Amy, kerana pada masa itu beliau telah muflis begitu juga dengan bekas pemain gitar bass Search, Nasir.

Dalam pada itu, Afjets dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengambil maklum laporan media mengenai penganjuran dua konsert berasingan iaitu Search Endemik dan Rockin’ on the Rooftop baru-baru ini.

Syarikat itu juga mengambil perhatian tentang pengumuman pihak pengurusan Search yang dianggotai oleh Din dan Kid mengenai siri konsert jelajah Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dijadual berlangsung antara Ogos 2002 hingga Mac 2023.

“Kami terkejut dan memandang serius pengumuman itu kerana sehingga ini, selepas hampir lima tahun, syarikat masih lagi menunggu maklum balas daripada kumpulan Search mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.

“Justeru, Afjets akan mengambil langkah wajar dalam masa terdekat untuk melaksanakan keputusan mahkamah bagi mendapatkan pampasan berjumlah hampir setengah juta ringgit dan ganti rugi am yang belum ditaksir.

“Afjets juga sudah memberikan tempoh yang agak lama untuk kumpulan Search mengatur semula kedudukan kewangan mereka. Kami beranggapan penganjuran dua konsert berasingan baru-baru ini dan pengumuman siri konsert yang berikutnya membayangkan kumpulan Search kini sudah kembali ke landasannya dan boleh melunaskan segala komitmen kewangannya yang tertunggak,” tegas syarikat tersebut.

Sumber:Utusan