“Kenapa dekat setahun baru heboh Zalina hilang?” Ini penjelasan KPD Shah Alam

Dalam pada usaha dan doa menjejaki bekas personaliti TV3 Zalina Azman yang masih belum menampakkan sebarang perkembangan p0sitif,antara isu lain yang terkait mengenai kehilangan figura itu ialah masa yang diambil oleh pihak P0lis membuat hebahan kepada orang awam.

Ini kerana kehilangan Zalina hanya diketahui umum selepas hampir 8 bulan dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Ada yang berpendapat sekiranya hebahan itu dibuat lebih awal, kemugkinan usaha menjejaki Zalina lebih mudah dilakukan.

Tidak melatah dengan k0men netizen, menurut Ketua P0lis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim,pihak polis sebenarnya sudah memulakan sias4tan sebaik saja menerima lap0ran kehilangan mangsa daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lalu.

Antara hasil si4satan P0lis mendapati
Zalina tidak melakukan pergerakan ke luar negara mahupun menerima r4watan perubatan di mana-mana h0spital, malah nombor telefon beliau juga tidak aktif sejak dilap0rkan hilang pada November tahun lalu.

Usaha untuk mengesan Zalina atau turut dikenali sebagai Zally, termasuk saling bertukar maklumat dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Kementerian Kesi-hatan (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomunikasi.

Mohd Iqbal berkata pertukaran maklumat itu mengambil masa dan membabitkan pr0ses tertentu untuk mendapatkan keputusannya.

“Justeru selepas usaha berkenaan (mencari Zalina) tidak membuahkan hasil, barulah pihak p0lis bertindak mengeluarkan hebahan bagi membantu si4satan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqbal memaklumkan, hebahan orang hilang kepada umum adalah langkah terakhir dalam usaha menjalankan si4satan k3s orang hilang.

“Polis tidak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan dalam usaha mengesan mangsa.

“Ia adalah perkara biasa dalam si4satan k3s orang hilang, dan hebahan ini juga membolehkan orang awam menyalurkan maklumat.

“Usaha mengesan mangsa memang ada dijalankan selama ini, cuma kita melipatgandakan lagi usaha berkenaan,” katanya.

Penjelasan diberikan Mohd Iqbal itu sekali gus menjawab persoalan ramai mengapa polis mengambil masa hingga lapan bulan sejak kehilangan mangsa sebelum membuat hebahan umum.

Sumber:BH