Walau bergelar graduan universiti, perlantikan MK K-Clique sebagai ikon pelajar dipertikai

Bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak.

Sejak kebelakangan ini isu mengangkat golongan selebriti atau pempengaruh media s0sial sebagai ikon atau duta menjadi perdebatan netizen kerana ada sebahagian mereka dilihat kurang sesuai untuk diangkat sebagai ikon bagi  memberi inspirasi khususnya kepada golongan remaja.

Dilantik sebagai duta pusat tuisyen atas talian ,PITI, untuk tahun kedua,penyanyi rap kacak. MK dari kumpulan K Clique ini menyedari ada pihak mempertikaikan penglibatannya sebagai duta pusat ilmu itu kerana dia seorang artis.

Tidak melatah dengan pertikaian itu, MK mng4kui, tiada manusia yang sempurna kerana semuanya tidak terlepas daripada melakukan kesil-apan namun dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ikon.

“Saya sendiri telah membuatkan ibu bapa berasa bangga kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Ilmu adalah sangat penting untuk semua orang kerana itu adalah salah satu tujuan hidup.

“Alhamdulillah kehadiran saya juga diterima baik dan saya melihat ini juga platform terbaik untuk menyebarkan perkara positif,” katanya lagi.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2021 PTTI yang mana dia merupakan salah seorang ikon bagi pusat tuisyen atas talian tersebut.

Merupakan seorang graduan dalam jurusan Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah, MK melihat ia satu penyebab untuk dirinya berubah menjadi insan lebih baik memandangkan dirinya merupakan ikon golongan pelajar sekolah. .

“Ini tahun kedua saya dilantik sebagai duta, ia banyak mengubah diri saya menjadi insan lebih baik. Saya perlu menjadi ikon kepada pelajar, disebabkan itu saya sentiasa perlu menjaga tingkah laku termasuk cara penampilan.

“Saya faham tugas sebagai ikon adalah untuk menjadi contoh kepada golongan pelajar. Saya banyak berkongsi pengalaman hidup supaya mereka bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran di masa akan datang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, MK berkata tinggal berjauhan dengan keluarga merupakan antara pengorbanan terpaksa dilakukan apatah lagi ketika ini kesihatan ibu tersayang tidak mengizinkan.

Sebak mengenangkan ibu tercinta di Tawau, Sabah, dia bagaimanapun bersyukur kerana keluarga di kampung halaman memahami tanggungjawabnya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.

“Kalau bercakap tentang hal ibu, saya memang sedih. Saya hanya harapkan doa daripada peminat dan semua yang mengenali saya untuk sentiasa doakan syurga saya.

“Setiap orang ada pengorbanan tersendiri… untuk saya adalah terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga.

“Syukur Alhamdulillah, ibu saya memahami dan dia tahu anaknya ini merantau demi mencari rezeki. Setiap hari saya akan menelefon ibu di kampung dan minta dia doakan kejayaan saya,” katanya.

Baru-baru ini tular rakaman memperlihatkan penyanyi rap itu pulang ke Tawau bagi menjenguk ibunya yang kurang sihat dan ia menjadi perbualan ramai apabila MK mengetuai bacaan doa buat ibunya.

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r