Hilang sejak Ahad, mayat Eileen ditemui terapung

Dilap0rkan hilang sejak Ahad lalu, mayat seorang wanita, Eileen Sum Yein Shah, 31, yang berasal daripada Mambau ditemukan terapung di laut di PD Water Front di sini, hari ini.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba Port Dickson, Mohamad Rosman Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecem-asan pada jam 1.48 tengah hari.

“Pihak kami menerima maklumat penemuan mayat wanita dalam keadaan sudah mula membengkak.

“Keluarga magsa yang membuat pengecaman mengesahkan mayat itu adalah ahli keluarga mereka,” katanya lagi.

Menambah lanjut, Rosman berkata, m4yat akan diserahkan kepada p0lis untuk tindakan susulan.

Sumber:BH