Jeritan warga emas gagal selamatkan jiran dari m4ut

Seorang warga emas, Sulaiman Bedua, 69, menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menyelamatkan jirannya dari rentung dalam satu kebakaran di Taman Rajawali,Batu Tujuh,Sabah malam tadi.

“Kami sudah berteriak kuat-kuat, tapi langsung tiada apa-apa maklum balas,” ujar Sulaiman yang berkata ketika ditemui.

Ulasnya lagi,ketika kejadian, dia sedang tidur sebelum terjaga akibat terhidu bau asap.

Dia kemudian segera memeriksa apa yang berlaku sebelum melihat rumah jirannya dipenuhi asap.

Ketika itu, katanya, aapi masih belum membakar rumah berkenaan.

“Saya terus mengejutkan semua ahli keluarga untuk keluar dari rumah dan sempat menyelamatkan beg berisi dokumen penting.

“Sebaik keluar, kami memanggil dan berteriak sekuat hati agar jiran sebelah (mangsa rentung) dapat menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, sehinggalah api marak, tiada sebarang tindak balas daripada mereka sama ada menjerit meminta tolong dan sebagainya,” katanya ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sulaiman berkata, dia turut menghubungi bomba beberapa kali kerana bimbang memandangkan kebakaran hampir merebak ke rumahnya.

“Ketika itu, kami sudah berserah kepada takdir, andainya rumah kami pun hangus, kami reda.

“Namun Alhamdulillah, rumah kami selamat hasil kepantasan bomba memadamkan api.

“Namun beberapa bahagian rumah saya turut dijilat a.pi seperti siling kerana kediaman saya dan jiran hanya dipis-ahkan oleh dinding konkrit sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia sedih kerana jirannya ditemui rentung.

“Saya dan jiran sudah tinggal di sini sejak 1990-an dan kami tidaklah terlalu rapat tetapi sering bertegur sapa.

“Penghuni di situ ialah seorang lelaki, isterinya dan juga ibunya yang sudah berusia,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Hafizan Ismail, 46, berkata dia sempat memanjat masuk ke dalam pagar rumah mangsa dan memanggil mereka.

“Bagaimanapun, mereka langsung tidak membalas teriakan kami.

“Kami cuba pecahkan pintu dan pagar rumah mereka yang berkunci tetapi gagal.

“Kami terpaksa berhenti untuk membantu akibat api semakin marah dan pergi ke tempat selamat,” katanya.

Sumber:HM