Kisah sepasang suami isteri yang terpaksa menjadikan kawasan bawah jejambat di Jalan Bagan Dalam, di sini, sebagai tempat berteduh kerana tidak lagi mampu menyewa rumah berikutan kehilagan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu telah mengundang reaksi kurang senang warganet.
Difahamkan pasangan muda yang berusia lingkungan 20-an itu, Siti dan Mohd kehilagan pekerjaan selepas p4ndemik COVID-19 melanda hingga memaksa mereka keluar dari rumah yang didiami di Jalan Bagan Luar, kerana tidak mampu membayar sewa.
Dan mereka akhirnya memilih untuk tinggal di bawah jejambat kerana tidak mahu meyusahkan keluarga mereka yang juga kesem.pitan wang.
Siti berkata, “Sejak dari itu kehidupan kami seperti inilah (gelandangan) dan menjadikan kawasan bawah jejambat sebagai tempat untuk tidur dan berehat.
“Kami bukan dari keluarga yang senang dan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, kami memilih hidup seperti ini.
Tambahan pula ramai yang prihatin kerap turun menghulurkan sumbangan makanan dan itu sudah cukup bagi kami untuk mengisi perut yang lapar,” katanya.
Bagaimanapun tidak seperti kisah golongan kurang bernasib baik yang selalunya mengundang simpati wargamaya kisah suami isteri ini mendapat respon sebaliknya.
Sumber:K! Online