“Idea buka kafe bermula sebab suami nak makan air tangan saya” – Ayu Raudhah

Rasanya tidak salah kalau dinobatkan dia antara pelakon wanita yang memiliki kecantikan yang asli.

Maka tidak hairanlah walaupun telah bergelar ibu kepada 5 orang anak, kecantikannya tetap terserlah, malah hingga kini masih mendapat tawaran berlakon. 

Bagaimanapun buat Ayu Raudhah, sejak bergelar isteri kepada pemain bola sepak popular, Zaquan Adha, dia memilih untuk memperlahankan karier seninya dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Biarpun sibuk menguruskan rumahtagga, Ayu seorang wanita yang menjaga penampilan diri.

Berkongsi amalan kecantikan, ini jawapan jujur Ayu. “Tiada rahsiapun, biasa sahaja. Paling penting kena happy jangan selalu stres.

Apa sahaja masa-lah yang sampai kita hadapi dengan senyuman. Sebab apa dalam setiap hari tu tentu ada saja masalah dan kalau stress, tu yang buat tua agaknya. Minum dengan cukup tidur cukup. InsyaAllah kena selalu ceria dan bahagia.”

Ketika ditanya kerjaya seni lakonan, wanita cantik ini berkata, “Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di TV, lagi menebal kerinduan.

Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah.

Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba.

Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.

Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” ujarnya lagi.

Rupanya dalam pada sibuk dengan urusan rumahtangga, adik kepada Rozita Che Wan ini telah membuka sebuah kafe makanan di Seremban bersama suaminya iaitu ZA Cafe.

Bercerita mengenai kafe tersebut, “Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak.

Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.

Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” kata Ayu yang bahagia memiliki lima anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhamad Aisy Al Jibreel.

Semoga terus sukses Ayu! 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Nona