Allahyarham Gerry sempat luah sesuatu pada Salamiah Hassan beberapa jam sebelum meninggal dunia

“Saya cintakan awak, jumpa tak lama lagi.”

Itu ungkapan terakhir Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry, 68, kepada isterinya, penyanyi veteran Salamiah Hassan, 71 melalui panggilan telefon sebelum menghembuskan dia menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian.

Difahamkan Allhyarham Gerry meniggal dunia akibat k4nser kolon di Burnie, Tasmania, Australia, pada 4 November lalu, ketika Salamiah berada di Malaysia untuk menjayakan persembahan pada sebuah acara.

Anak Salamiah, penyanyi Atilia Haron yang ketika ini menemani ibunya di Burnie berkata, Salamiah sering teringatkan Allahyarham berikutan tidak berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir.

“Biarpun mama dan arwah hanya sempat dua bulan mendirikan rumah tangga, namun mereka adalah ‘loving couple’ (pasangan penyayang).

“Sudah tentu mama sangat sedih. Apatah lagi, malam sebelum pemergiannya, mereka berbual seperti biasa. Arwah sempat mengungkap kata ‘saya cintakan awak, jumpa tak lama lagi.’ Namun, siapa sangka, itulah ayat terakhir arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.

“Namun, mama reda jodohnya ditakdirkan hanya dua bulan, “kata Alia lagi.

Setelah hidup bersendirian selama 35 tahun, ternyata pemergian meng.ejut Gerry yang berasal dari Liverpool, United Kingdom (UK) itu membenam kese.dihan mendalam buat Salamiah kerana mereka baru dua bulan mengecap nikmat alam rumah tangga.

Menambah kedu.kaan hati, perginya Gerry tanpa pesan, meniggalkan Salamiah buat selama-lamanya ketika tiada di sisi.

Difahamkan, Salamiah bergegas pulang ke Burnie sejurus mendapat berita pemergian Gerry pada 4 November lalu.

Sehingga kini, Salamiah belum memberikan kenyataan selepas pemergian suaminya.

Bagaimanapun Atilia berkata, dia dan ibunya bersyukur kerana Gerry pergi dalam keadaan seorang Islam.

“Jenazah arwah dapat disempurnakan sebagai saudara Islam. Alhamdulillah,” katanya.

Atilia tiba di Burnie, Sabtu lalu bagi menemani ibunya selama seminggu. Atilia bersyukur melihat ibunya kuat berdepan ujian pemergian insan dicintai.

“Saya akan pulang ke Malaysia, Ahad ini. Bagaimanapun, saya pulang seorang. Mama belum buat keputusan, sama ada menetap di Burnie atau pulang ke Malaysia.

“Mama masih buat pertimbangan. Mama suka dan tenang tinggal di kediaman peninggalan arwah, tetapi tengoklah keadaan pada masa akan datang.

“Mama menziarahi pusara arwah, setiap hari. Mama tidak putus-putus berdoa untuk arwah. Mungkin mama mahu menghabiskan banyak masa untuk berada di sisi arwah, sebelum membuat keputusan,” katanya.

Salamiah menikahi Hughes pada satu majlis ringkas di Burnie pada 1 September lalu.

Berkenalan dengan arwah yang juga duda dan memiliki tiga cahaya mata sejak 15 tahun lalu.

Hubungan mula rapat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mereka kerap berhubung dalam talian, sebelum Allahyarham melamar Salamiah, Julai lalu.

Sumber:HM