Shahrulezad minta henti buat sebarang spekulasi, d0ktor masih berusaha selamatkan Nad Zainal

Pengarah tersohor Shahrulezad Mohameddin memaklumkan, keadaan pelakon, Nad Zainal masih kritikal biarpun telah diberikan pelbagai raw4tan lantaran d4rah pada paru-parunya masih keluar,

Jelas Shahrulezad, pasukan peruba.tan masih berusaha sebaik mungkin, pada masa sama meminta tiada spekulasi dibuat bagi menghormati situasi Nad Zainal.

“Dia masih kri.tikal. Apa yang saya boleh cakap, keadaan krit.ikal dia ‘on and off’. Situasi sekarang sukar dijelaskan. D4rah pada paru-paru masih keluar.

“D0ktor juga sedang berusaha mengenal pasti situasi sebenar. Saya minta pihak di luar sana untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

“Doakan semoga Nad diberi kesembuhan secepatnya. Semoga Allah permudahkan urusan dan perjalanannya,” katanya kepada pihak Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata, dia bersama rakan-rakan artis dan kru produksi yang rapat sedang menunggu keputusan serta perkembangan terkini pelakon itu di h0spital.

“Kami menunggu sebarang perkembangan. Doktor juga sedang berusaha. Saya minta beri ruang kepada d0ktor untuk mengenal pasti punca sebenar,” katanya.

Sementara itu laman Instagram pelakon Dend4m Seorang Isteri itu dibanjiri dengan pelbagai ucapan dan kata-kata semangat dari rakan-rakan artis serta para peminatnya.

Sumber:UM