“Saya tahu orang tengok dia lain” – Lah Ahmad

Komposer dan penyanyi, Lah Ahmad menyifatkan cinta dan kasih sayang penting terus dipupuk dalam keluarga supaya institusi kekeluargaan yang dibina pasangan suami isteri dapat bertahan dan tidak berakhir di tengah jalan.

Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, sebagai suami dan bapa, dia mendapati pentingnya cinta dipupuk mekar di dalam rumah dulu agar anak-anak yang melihat dapat membesar dalam suasana penuh kasih sayang.

“Karakter anak-anak yang berada dalam suasana bahagia dan sebaliknya, kita dapat lihat daripada wajah mereka. Kita akan kenal tengok muka anak-anak yang bermas4lah itu.

“Saya ada seorang anak yang menghi.dap autisme ringan iaitu Mohd Adam. Saya kena jaga dia dan saya tahu kalau orang tengok dia lain.

Kalau nak bawa dia ke masjid, dia pun suka baca al-Quran, tapi orang akan marah bila dia kacau sebab nak tengok al-Quran.

“Tapi, kita (ibu bapa) yang nak kena jelaskan itu susah. Jadi, yang inilah buat saya selalu refleks diri sendiri.

Sambung penyanyi yang pernah dijulang sebagai Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-22 (Ceritera Cinta duet Jaclyn Victor) ini, membesarkan Adam yang dis4hkan sebagai kanak-kanak Autisme benar-benar merubah dirinya.

“Saya mula berubah sekitar tahun 2011 dan pada tahun itu jugalah isteri saya mengandungkan Adam, dapat kurniaan anak yang sangat-sangat istimewa. “Dalam umur Adam 2 tahun macam tu, perkembangan dia tak sama macam kanak-kanak lain dan selepas buat pemer.iksaan dengan d0ktor baru doktor sahkan yang Adam ni ada ‘mild autism’.

“Pada mulanya, tak dinafikan sebagai ibu bapa kita akan ada rasa untuk nafi perkara tersebut dan sedih. Namun, kami tetap akur dengan ketentuanNya.

“Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang anak yang nak baca Al-Quran, zikir, selawat dan sebagainya. Jadi dengan berkat Al-Quran ini, InsyaAllah Adam jadi anak yang soleh dan yang baik, doa-doakan,” harap Lah optimis. 

Lah yang popular dengan lagu Ayu yang juga bekas anggota kumpulan VE bertemu jodoh dengan Yasrina Yusoff pada 2007 dan dikurniakan tiga anak iaitu Amira, 13, Adam, 11 dan Azim, 8.

Menerusi program Famili Firdaus yang pernah disiarkan di Astro Oasis, bintang ini berkata “Bila dah berkahwin, kita dah ada anak dan rasa tanggungjawab kita banyak sebagai seorang suami, terhadap isteri dan anak-anak. Kena fikir banyak perkara.

“Diri saya terdorong untuk berubah dan hijrah kepada yang lebih baik kerana ingin mencari jalan balik mendekati Allah.

Nak hijrah ni sebenarnya kena hijrah kerana Allah, tak boleh nak ubah benda yang dah lepas, menyesal dengan apa yang kita dah buat sebelum ini dengan segala kesalahan. “Tapi sebenarnya benda tu yang nak bawa kita ke arah perubahan dan ke masa hadapan,” kongsinya jujur.

Lah yang kini dalam proses menghasilkan album baru berkata, lagu-lagu untuk album baharunya itu nanti lebih ke arah cinta dan kasih dalam keluarga yang wajar dipupuk untuk rumah tangga harmoni.

Katanya, dia bimbang melihat k3s perc.eraian yang meningkat dalam kalangan suami isteri sama ada pasangan lama atau baharu berkahwin.

“Bagi saya, perasaan cinta itu memang ada. Tapi, sayangnya kerana ego yang ada pada diri itu yang membuatkan masing-masing lupa. Jadi, kita kena belajar buang ego diri untuk memastikan kasih sayang dalam keluarga sentiasa mekar.

 

 

 

Sumber:HM