Baru sebentar tadi pelakon Remy Ishak memaklumkan melalui Insta story, isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Remy bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai jantina anak mereka.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya.
Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,”ujarnya.
Sebelum ini, Remy sempat memuat naik keadaan isterinya sedang berada di katil hospital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa.
Pada Mac lalu, Remy mengesahkan isterinya sedang hamil sekali gus menjawab teka teki peminatnya.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.
Sumber:Mst4r