“Beauty with brain and talent”- Fatiya Latiff kini bergelar peguam

Walaupun lapan tahun lalu pelakon ini pernah menyatakan bahawa dia memilih bidang seni berbanding bidang guaman, namun akhirnya Fatiya Latiff menerusi satu hantaran Instagramnya memaklumkan bahawa dia kini telah bergelar seorang peguam.

Fatiya juga dilihat memuat naik foto bersama fail kes serta rakan sepejabatnya.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama rantaian popular Arianna Rose ini menamatkan pengajiannya dalam jurusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada sekitar  tahun 2014.

Ternyata perkongsian terbaru Fatiya mendapat respon positif di kalangan rakan artis dan peminat, tak kurang juga ada yang mengatakan Fatiya sedang menjalani penggambaran lakonan!

 

All the best Fatiya. Semoga terus sukses.

 

 

 

 

Kredit: IG Fatiya Latiff