Semoga Apek tetap berjaya dalam mana-mana bidang

Pernah mendapat jolokan Penjaga Gawang Terbaik Asia Tenggara, siapa yang tidak mengenali bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular sebagai Apek.

Selain membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai piala AFF Suzuki sebelum ini, Apek juga pernah menjadi pemain terpenting ketika pasukan Kelantan FA dengan memenangi tiga kejuaran liga domestik termasuk juara Piala FA, juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia pada 2012 yang lalu.

Apek ketika ini telah berkelana ke kelab bola sepak Sabah FC selepas mengerah keringat untuk Melaka sebelum ini.

Namun, baru-baru ini peminat bolasepak tanahair dikejutkan dengan dua keping gambar yang tular di laman s0sial Facebook My Sabah, kelihatan anak jati Kota Bharu itu sedang memasak di sebuah restoran di Sabah.

Namun difahamkan bukanlah kerana prestasi yang merundum menyebabkan Apek beralih arah mencari rezeki lain dengan menjadi tukang masak, tetapi rupanya beliau ingin mempromosikan sebuah restoran milik rakannya yang baru sahaja beroperasi.

Rata-rata pengguna media s0sial terkejut apabila melihat foto-foto tersebut dan menyangkakan Apek sudah beralih arah menjadi tukang masak.

“Terkejut saya, ingat Apek dah betul-betul jadi tukang masak selepas dia tidak bermain untuk Harimau Malaya lagi sekarang, mujur untuk promosi sahaja,” kata Jo Bangsar.

“Kalau betul dia jadi tukang masak pun saya rasa dia memang pandai memasak sebab dia ada keturunan Siam. Orang Pantai Timur kan pandai memasak, apa pun semoga Apek tetap berjaya dalam mana-mana bidang,” kata Shamsul Pahmi.

 

Apek mendirikan rumah tangga dengan Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey) pada 28 Disember 2012 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

 

 

 

Sumber:K! ONLINE