Jika ditanya kepada semua orang pasal ciri-ciri pasangan masing-masing, maka akan wujud pelbagai jawapan daripada versi yang berbeza-beza.
Kita semua memang berbeza. Tapi hanya ada satu hal yang pasti.
Semua orang pasti akan cari ciri ini dalam memilih pasangan masing-masing.
Pasangan yang baik.
“Aku inginkan pasangan yang baik.”
“Aku ingin pasangan yang mampu membimbing diri ke jalan Allah.”
Ada satu ayat quran:
“Lelaki yang baik dengan wanita yang baik dan lelaki yang tidak baik dengan wanita yang tidak baik.”
So kalau kita nak pasangan yang baik maksudnya kita kena jadi baik?
Selama ini kita beranggapan bahawa jika kita baik mesti akan dapat pasangan yang baik, bukan?
Kerana ada ayat Al-Quran yang menyokong. Akan tetapi rupanya kita tersalah faham akan maksud ayat ini.
Kenapa saya berkata sedemikian?
Kerana ada sahaja wanita yang baik tetapi mendapat pasangan yang tidak baik. Contohnya Asiah dan Firaun, Nabi Luth dan isterinya dan ramai lagi di luar sana.
Ustaz Habib Ali Zainal mengatakan bahawa ayat tersebut adalah salah satu syariat yang Allah turunkan sebagai panduan bahawa orang yang baik akan memilih mereka yang baik sebagai pasangannya dan mereka yang tidak baik akan lebih cenderung memilih pasangan yang tidak baik.
Kalau secara bahasa yang mudah iaitu pasangan yang sekufu.
Ayat Al-Quran ini bukan merupakan janji Allah yang mengatakan mereka yang baik pasti akan mendapat pasangan yang baik.
Ayat ini hanyalah panduan untuk kita berusaha mencari pasangan yang baik untuk kita.
Jika terjadi sebaliknya, maka itu bukan kerana silapnya ayat Allah melainkan satu ujian untuk kita.
Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya bila mana ketika diuji dengan manusia yang tidak sekufu dengan kita. Diuji dengan manusia yang mungkin jauh daripada Allah.
Ujian untuk kita sama ada kita berjaya untuk membawa dia kepada Allah, ataupun kita yang terpengaruh dengan dia meninggalkan Allah.
Pasangan yang baik.
Apabila sebut pasangan yang baik, saya teringat seorang kawan baik saya ada pernah share satu kata-kata yang sangat baik dan diharap membuka minda kita semua tentang hakikat sebenar pasangan yang baik.
Kita semua inginkan pasangan yang baik, betul?
Tetapi bagaimana dengan mereka yang diuji dengan pasangan yang tidak baik?
“Aku cuba menjadi manusia yang baik tetapi kenapa aku dapat pasangan yang tidak baik?”
So tidak puas hati? Kecewa mungkin?
Pasangan yang baik.
Ok, di sini cuba kita lihat balik definisi “baik” itu menurut siapa?
Menurut Allah atau menurut kita?
Jika menurut kita memang kita tidak akan puas hati bila mana dapat yang sebaliknya. Oleh itu penilaian “baik” itu bukan menurut kita tetapi “baik” itu adalah menurut penilaian Allah.
Hakikatnya hanya Allah yang tahu hakikat “baik” untuk setiap hambaNya. Kita hanya tahu apa yang kita nampak.
Tetapi Allah Maha Tahu setiap hambaNya luar dan dalam. Masa lalu dan masa hadapan semua dalam pengetahuan Allah.
Definisi “baik” atau “tidak baik” seseorang manusia adalah rahsia Allah dalam menentukan soal jodoh. Kita tidak tahu apa-apa melainkan apa yang Allah ajarkan kepada kita.
Selain itu? Ia adalah rahsia Allah.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Pasangan yang baik.
Kalau kita gunakan contoh Asiah. Asiah mendapat Firaun sebagai pasangan hidupnya. Adakah Firaun adalah pasangan yang baik bagi Asiah?
Jika menurut kita, Asiah adalah wanita yang baik mana sesuai dengan Firaun yang derhaka kepada Allah dan mengaku sebagai Tuhan. Jahat kot Firaun.
Tapi menurut Allah, Firaun adalah pasangan yang terbaik untuk Asiah di dunia. Kenapa?
Kerana dengan sebab itu, Allah menjadikan Asiah wanita mulia dan dijamin masuk syurga. Firaun adalah ujian untuk Asiah dan Asiah berjaya melalui ujiannya itu dan diberi ganjaran Syurga.
Jodoh itu adalah rahsia Allah dan ianya tidak dijangka.
Oleh itu, pasangan yang baik itu bukan atas penilaian kita tetapi penilaian Allah. Pasangan yang baik itu adalah apabila kita bersamanya, diri kita menjadi lebih baik di sisi Allah.
Iman meningkat.
Ibadah terjaga.
Aurat dipelihara.
Dasar pasangan yang baik iaitu iman dan taqwa.
Justeru, walau siapa sahaja yang menjadi pasangan kita, itu bukan masalah sekiranya kita yakin bahawa Allah memberikan dia kerana dia yang “terbaik” untuk kita.
Mungkin untuk kita ubah dia.
Mungkin untuk dia ubah kita.
Mungkin untuk kita sama-sama berubah.
Berusahalah untuk menjadi pasangan yang baik untuk pasangan masing-masing dan Allah akan limpahkan rahmat dan berkatnya dunia dan akhirat. InshaAllah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: IluvIslam