Ini adalah kisah yang wajar dijadikan panduan oleh pengguna. KIta semua sering dengar kisah bagaimana syarikat insurans membuat untung berjuta ringgit setahun dan salah satu caranya ialah melalui sistem penindasan tanpa sedar.
Ya. Mereka membuat untung bukan sedikit. Polisi insurans wajib diambil dan harganya tidak pernah turun. Ia wajib dibayar dan jika itu adalah kewajipan untuk melindungi kenderaan, kita tak ada masalah untuk patuh.
Tapi kau tengok bila masa nak buat tuntutan (claim). Tak kiralah samada kerosakan, kemalangan atau kehilangan. Dia punya proses memang menyedihkan.
Dan ini ialah kisah kawan Abang Japar yang melalui proses tuntutan yang panjang. Kereta beliau terlibat dengan kemalangan yang bukan berpunca darinya.
Tak mengapa. Mungkin itu takdir yang dah ditetapkan oleh Nya. Beliau terima keadaan dan bersyukur nyawa ahli keluarganya terselamat tapi bila melihat kereta Toyota Vellfire yang dipandunya memang remuk teruk.
Sekali tengok pun boleh tahu dah keadaannya tidak lagi elok kalau dibaiki pun. Tulang kerangka utama dah terjejas.
Setelah mengambilkira pendapat beberapa pakar dalam bidang ini, bBeliau pun memohon kepada pihak insurans untuk diisytiharkan sebagai “Total Lost” – Inilah benda yang paling nak dielakkan oleh syarikat insurans.
Dan bermulah episod perjuangan saudara Zulkifli untuk mendapatkan haknya yang dinafikan.
Beliau menggunakan semua sumber yang ada. Setiap dokumen disimpan dan diserahkan kepada pihak berwajib seperti JPJ bahagian Teknikal, Bank Negara Malaysia dan turun naik peabat syarikat insurans untuk mempertahankan haknya.
Dan akhirnya beliau berjaya.
Ikutilah kisahnya di bawah
Akhirnya TOTAL LOST (Full Version)
Kema langan 5 bulan lepas Highway PLUS KL menghala ke Melaka Selepas Simpang 4 menuju Air Keroh. Hujan lebat terl4nggar tayar Porsche Cayenne 21 inch atas Jalan sebab tayar tercabut. Berpusing dihentam pula Lori Bonded sebelah penumpang.
Alhamdulillah penumpang penuh hanya cedera ringan, patah tangan yg agak serious.
(Keputusan masih tiada lagi.. Saya terpaksa Claim atas Insuran saya dahulu. Hilang NCD 55% . Jika didapati saya tak bersalah saya boleh claim balik semula. Porsche Cayen terlanggar Objek atas Jalan lalu tayar 21 inch tercabut waktu hujan lebat. Pihak PLUS sampai tapi masih tidak mengalihkan tayar tersebut.
Kereta saya terlanggar tayar lalu berpusing dan terus di langgar bahagian tepi oleh Lori. Kalau kereta saya salah sudah pasti Sjn bertugas dah bagi saman pada kereta saya. Tapi Sjn tak dapat buat keputusan. Dipanjangkan ke Pihak mahkamah. Dan pastinya Peguam setiap Pihak akan pertahan bahawa setiap mereka tak bersalah.
Termasuk Pihak Insuran saya. Pihak yang terbabit 1- PLUS 2- Porsche Cayen 3- Saya 4- Lori. Jika bukan salah saya PASTI Pihak Insuran saya akan CLAIM Balik pada Pihak Yang Bersalah)
Proses claim agak lambat kerana Pihak polis tak dapat keputusan siapa yang salah sampai ke hari ini. Kena naik mahkamah kata polis.
Saya mohon kepada Pihak Insuran untuk kereta saya TOTAL LOST tapi Pihak Insuran suruh repair juga. Saya ambil keputusan untuk buat laporan ke Pihak Bank Negara. Selepas 14 hari Pihak Insuran still nak repair juga.
Minggu lepas saya call dan ke Pejabat Insuran dan mohon Dengan keras jika nak repair saya nak part baru.. Bukan part kedai potong sebab Pihak adjuster proposed parts baru semuanya berjumlah RM173K. Yang Pihak Insuran luluskan Dengan mengganti parts second hand dari kedai potong Dengan amount yang lulus sebanyak RM48K shaja. Saya akan buat laporan kepada BNM sekali lagi jika Pihak Insuran mengganti Dengan parts 2ndhand itu yang saya bagitau kepada Pegawai Pihak Insuran.
( Setelah ditarik dari Melaka Ke Langat kereta saya dianggap Total Lost oleh Pihak Workshop dan panel2 yg lain. So kena tunggu Adjuster dtg untuk estimate berapa kos repair. Itu pun mengambil masa 2 bulan. Sgt terkejut bila kos repair yang approved Sgt rendah. Dapat info dari adjuster selagi saya tak setuju jangan tandatangan Terima offer.
Saya mahukan kereta tu TOTAL LOST, apa yang saya buat report ke BNM. Kemudian saya ke JPJ Putrajaya Bahagian Teknikal ..mereka sangat membantu. Dan masih Ada lagi 1 aduan yang boleh dibuat iaitu SPAD.)
Alhamdulillah lepas 2 hari saya dapat panggilan yang kes saya telah dipanjangkan ke Pihak tertinggi untuk tindakan lanjut. Keesokan harinya dapat panggilan yang kereta saya diluluskan sebagai TOTAL LOST. Alhamdulillah amount yang diluluskan melebihi dari balance Full Settle dari bank. Ada lebihan tunai lagi.
( Walaupun kereta sudah TOTAL LOST saya masih lagi bayar sehingga Pihak Insuran bayar sepenuhnya kepada Pihak Bank. Ini bagi mengelakkan nama Kita buruk dalam CRIS dan CITOS. Setelah semua settle lebihan tunai akan di Bank in ke Akaun saya. )
Nak kongsi pengalaman Dengan Tuan2 semua.
Jangan cepat menyerah kalah.
Sumber:mekanika