Sarapan pagi sangat penting diambil sebelum memulakan kehidupan seharian.Namun, anda kena berhati-hati dengan setiap sarapan yang anda pilih. Makanan di di negara kita ni majoritinya sedap-sedap belaka. Jom kita lihat beberapa jenis sarapan yang digemari rakyat
Malaysia yang sebenarya tidak elok jika diamalkan selalu.
1. Roti Canai
Roti canai panas dengan kuah kari ikan atau dal. Tambah pula kuah sambil bilis sedikit. Fuh, memang menyengat! Tetapi, tahukah anda sekeping roti canai (roti saja tak termasuk kuah, sambal), mengandungi 300 kalori.
Jika anda mahu membakar semula kalori yang masuk ke dalam badan ini, anda perlu berlari selama 45 minit. Ramai yang buat begitu?
Memang tidaklah kan. Lepas makan, terus masuk kerja atau jika hujung minggu, terus bersadai depan tv.
2. Nasi Lemak
Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Tahu tak, nasi lemak sahaja, tanpa pauk pauk megandungi 30 kalori. Mana mungkin kita makan nasi sahaja.
Sudah tentu letak kacang, telur atau lebih epik-sotong atau ayam goreng. Nah, sarapan pagi saja sudah lebih 500 kalori! Memang boleh makan nasi lemak. Cuma nasinya ambil sedikit saja dan kalau bleh masak sendiri tanpa guna santan.
3. Teh Tarik
Lagi satu antara minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia. Kalau tidak teh tarik, mesti teh ais. Kena pula yang pekat tehnya. Memang menangkap kepala!
Penyebab teh tarik atau teh ais jadi sedap ialah penggunaan susu pekat yang dibancuh da ditarik dengan betul. Tetapi, kamu tahu tak susu pekat tidak elok untuk kesihatan? Walaupun ada kalsium tetapi kandungan lemaknya sangat tinggi. Satu sudu pekat manis mengandungi 60 kalori.
Oleh itu kalau nak minum sangat, pastikan tidak kerap kerana ia bakal mengundang mas alah kesihatan pula.
Akhir kata, bukanlah tidak boleh makan makanan-makanan ini. Tetapi perlu dikurangkan. Sangat-sangat dikurangkan kerana bakal membaha yakan kesihatan anda di kemudian hari. Lebih baik beringat sebelum penyakit menimpa!
Kredit: Majalah Maskulin
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: ohsem