Ayden Mikael, si cilik popular dalam drama Pujaan Hati Kanda Mix 5 Bangsa Rupanya.Padanlah Comel Gebu!

Ayden anak yang baik dan mudah dijaga. Demikian kata mommy dan daddynya. Ikuti perkongsian eksklusif ini.

Si cilik popular ini mula berlakon dalam drama popular tersebut dari usia 5 bulan lebih. Kata ibunya, dari Ayden tiada gigi hingga tumbuh 2 batang gigi!

ANTARA 10 BAYI YANG UJI BAKAT, AYDEN TERPILIH BAWA WATAK IQY

Anak sulung pasangan Kim Anna Abdullah & Mohd Zainuddin Azhar ini rupanya antara 10 bayi yang menghadiri sesi uji bakat yang diadakan beberapa hari sebelum penggambaran drama 28 episod itu.

“Sebenarnya pihak produksi mahukan pelakon kanak-kanak perempuan kerana wataknya ialah watak bayi perempuan. Malah 9 lagi bayi yang hadir uji bakat ialah bayi perempuan. Kami hanya mencuba nasib tak sangka Ayden terpilih,” kata Anna.

SANGAT BEHAVE SEMASA PENGGAMBARAN 

Semasa sesi penggambaran drama selama lebih 3 bulan iaitu dari 10 Oktober 2018 hingga 24 Disember 2018, anak kecil ini sangat behave dan tidak mudah mengamuk. Malah kata ibunya, Ayden tidak banyak meragam ketika di set penggambaran drama. Apabila shooting di luar bangunan, Ayden banyak menerokai suasana sekeliling. Malah kru juga banyak bermain dan agah-agah Ayden, jadi dia tidak bosan.

“Ayden banyak meneroka dan terleka. Misalnya bila masuk set, dia akan perhatikan peralatan di set penggambaran. Even cadar yang bercorak pun dia akan cuba pegang,” kata Anna.

Ketika penggambaran di Teluk Intan yang memakan masa 14 hari, Ayden tiada masalah. Selalunya ketika penggambaran seharian, akan ada break selama 4 hingga 5 jam jadi Ayden mendapat cukup rehat.

“Malah dalam scene Pali menampar Tiara (Mira Filzah), Ayden sedang tidur sebenarnya! Kalau nak tahu yang tidurkan Ayden ialah Pali lah (Syazwan Zulkifli),” kata mommy Ayden.

RAMAI PANGGIL AYDEN DENGAN NAMA IQY

Bayi berkulit putih gebu ini rupanya mempunyai darah kacukan lima bangsa iaitu Cambodia, Vietnam & Cina dari sebelah ibunya manakala bapanya pula Indonesia dan Portugal.

Penangan populariti melalui drama Pujaan Hati Kanda, Ayden meniti di bibir para peminat. Kata ibunya yang mengendalikan Instagram Ayden, dia menerima lebih 1,000  DM sehari. Kini kalau keluar ramai yang mula memanggil Ayden dengan panggilan Iqy!

Sebagai ibu, Anna berharap Ayden akan menjadi anak yang taat kepada agama & ibu bapa. “Saya tidak menghalang sekiranya Ayden hendak menjadi pelakon, mommy daddy akan pantau selalu. Pemilihan watak yang sesuai dan paling penting, dia tidak ketinggalan momen pembesarannya dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: majalahpama