Kajian membuktikan stres bekerja antara faktor berat badan semakin meningkat!

Kebanyakan daripada kita menghadapi stres dan tekanan di tempat kerja, yang boleh membu rukkan dan menjejaskan kesihatan kita.

Mungkin ramai yang perasan bahawa berat badan kita semakin meningkat apabila kita mula memasuki dunia pekerjaan dan ini berpunca daripada pelbagai faktor.

Kini, para doktor mengatakan bahawa penyebab kenaikan berat badan adalah kerana kita mengurus kerja dengan terlalu serius!

Menurut UDN, semasa temu duga orang selalu mengatakan bahawa mereka boleh mengendalikan tekanan dengan baik dan boleh menanggung banyak tanggungjawab untuk mendapatkan pekerjaan tetapi jika anda terlalu serius terhadap kerja anda, ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Ini kerana anda akan meletakkan tekanan pada diri anda untuk menyelesaikan kerja dan apabila diri anda menerima tekanan yang melampau, ia akan memberi kesan kepada tubuh badan anda.

Apabila tubuh badan anda mengalami terlalu banyak stres dan tekanan, anda akan mengalami insomnia atau jatuh sakit.

Anda juga akan melepaskan tekanan dengan makan terlalu banyak, tetapi tabiat ini benar-benar cara yang tidak sihat untuk mengurangkan tekanan anda.

Malah, ini bukanlah satu penemuan yang baru kerana doktor dan saintis telah mengatakan bahawa tekanan kerja boleh membuat diri anda gemuk.

Dr Michael Mosley menulis artikel untuk BBC sebelum ini dan menerangkan beberapa sebabnya, mengatakan:

“Tekanan kronik boleh mengganggu waktu tidur dan kadar gula dar ah kita. Ini menyebabkan peningkatan rasa lapar dan selera makan.”

Dia menambah bahawa jika keadaan ini berpanjangan, ia akan melarat ke tahap lemak badan yang tidak sihat dan juga diab etes jenis 2 jika seseorang tidak berhati-hati.

Glukosa dilepaskan ke dalam dar ah anda supaya anda mempunyai tenaga dalam otot anda, maka pankreas akan mengeluarkan insulin untuk menurunkan tahap gula dalam dar ah.

Tahap insulin dan gula dalam da rah yang berfluktuasi menjadikan anda lapar dan insomnia.

Justeru, para doktor mengatakan bahawa adalah penting agar kita melakukan cara yang sihat untuk melepaskan tekanan dan tidak memberi terlalu banyak tekanan pada diri kita.

Sumber: BBCUDN

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

 

 

Sumber:erabaru