Andi Bernadee Disamakan Dengan Suneo ‘Doraemon’!

PENYANYI Andi Bernadee tidak terasa hati dengan usikan peminat yang menyamakan rupanya dengan Suneo iaitu salah satu watak dalam siri kartun popular dari Jepun, Doraemon.

Menurut Andi, 28, dia sudah terbiasa dengan panggilan nama itu dan lumrah masyarakat yang gemar berjenaka mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

“Saya pernah dengar orang kata muka macam Suneo dan memanggil saya dengan nama itu, tapi saya okay sahaja, tak terasa hati pun… biasalah tu!

 

“Orang Malaysia ini memang suka bergurau dan mengusik, panggilan nama Suneo tu pun comel sahaja. Ada juga yang panggil saya BebiDondeDame Solo Una dan lain-lain.

Peminat mengusik Andi dengan menyamakan wajahnya dengan karakter Suneo.

“Panggillah apa gelaran sekalipun, saya okay saja asalkan nama itu tidak membawa maksud buruk,” katanya kepada mStar.

Andi ditemui semasa pelancaran video muzik (MV) lagu terbaharu berjudul Donde yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

MV lagu tersebut menerima hampir tiga juta tontonan dan menjadi trending di Youtube sejak dilancarkan pada 10 April lalu.

Bercakap mengenai MV tersebut, Andi berkata dia terharu dengan sokongan dan komen positif penonton.

Meskipun ada yang mengecam dan menulis komen negatif, bekas peserta program Big Stage 2018 menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.

“Alhamdulillah, ramai memberikan komen positif dan saya rasa usaha keras selama ini cukup berbaloi.

“Saya akui ada juga yang mengecam dan sebagainya… tapi saya anggap itu perkara biasa sebagai anak seni, tak semua orang suka apa kita buat,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar