Percayakah anda jika dikatakan bahawa personaliti anda boleh diketahui melalui jawapan yang anda beri mengenai gambar di bawah ini?
Mari cubanya sendiri dan baru anda akan tahu sejauh mana kebenaran yang boleh dilihat mengenai diri anda!
Lihat gambar di bawah dan apa yang anda dapat lihat pertama kali anda melihat gambar itu- batang pokok, akar pokok atau bibir?
A. Batang pokok
Jika anda melihat batang pokok anda digambarkan sebagai seorang yang extrovert. Anda adalah seorang yang bersopan santun tetapi tidak mudah untuk dipermainkan.
Anda juga sangat peka dengan pendapat orang lain mengenai anda. Walaupun anda mempunyai kawan yang ramai tetapi kawan yang benar-benar ikhlas hanyalah beberapa orang. Anda mungkin kelihatan lembut pada luaran tetapi hakikatnya anda mempunyai dalaman yang begitu kuat. Anda juga sangat perahsia dan bijak menyembunyikan emosi sebenar.
Selain itu, anda juga mempunyai standard yang tinggi terhadap orang lain sehingga membuatkan anda sukar mempercayai orang lain. Anda punya sisi ‘misteri’ yang tidak semua orang tahu mengenainya dan tidak semua boleh membaca apa yang sedang anda fikirkan.
Anda juga seorang yang berhati-hati akan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan dan memastikan anda akan terus berjaya dalam karier yang diceburi.
B. Akar pokok
Anda Digambar sebagai seorang yang introvert. Anda mudah menerima kesalahan yang anda lakukan supaya anda dapat mengubahnya pada masa akan datang.
Bagi yang baru mengenali anda mereka merasakan anda adalah individu biasa yang tiada kelebihan atau keistimewaan. Namun, setelah lama mengenali anda mereka mulai sedar bahawa anda sebenarnya seorang yang berpengetahuan luas serta mempunyai pemikiran yang tajam.
Anda juga seorang yang sangat berdisiplin dan tekun dalam melakukan apa sahaja. Anda mempunyai prinsip yang teguh dalam setiap perkara.
Tambahan lagi anda juga bijak dalam merancang masa depan dan karier dengan sebaiknya. Perkara itu telah memudahkan langkah anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Selain itu, anda juga seorang yang bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri. Anda selalu berazam untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik pada masa akan datang. Walaupun anda seorang yang lemah lembut, baik dan rendah diri adakalanya anda juga memiliki kedegilan tersendiri.
C. Bibir
Anda seorang yang sederhana dan lebih tenang dalam berfikir. Anda juga tidak suka dengan kehidupan yang rumit malah senang dengan kehidupan yang sederhana dan mencukupi. Selain itu anda juga seorang yang fleksible dan mudah mengikuti arus perubahan.
Anda juga seorang yang bijak dalam membawa pelbagai idea baru dan bernas kerana pemikiran anda yang mudah dan polos. Anda mungkin kelihatan lemah dan memerlukan bantuan orang lain tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Anda adalah seorang yang kuat dan boleh melakukan apa sahaja dengan sendiri walau sesusah manapun perkara tersebut.
Memandangkan anda adalah seorang yang simple anda tidak suka dengan hubungan yang rumit. Anda mungkin kelihatan seperti orang boleh menceritakan semua perkara kepada orang lain tetapi sebenarnya anda hanya terbuka kepada mereka yang benar-benar anda percaya sahaja.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber:erabaru