Nak makan ala-ala Korea?Jom Buat Nasi Goreng Kimchi

JEMU dengan nasi goreng biasa? Kali ini Nasi goreng Kimchi pun ada tau.. Nak masak nasi goreng kimchi pun ringkas sahaja, cepat siap dan boleh terus hidang untuk dimakan.

Perkongsian yang dikongsi oleh facebook Dari Dapur Ummu sedikit sebanyak boleh membantu ibu-ibu di luar sana yang teringin mencuba resipi ala-ala korea gitu..

Bahan-bahan:

3 sudu besar Kimchi ( halal ) boleh didapati di pasaraya tesco 

Telur sebiji

1 sudu besar kicap manis

Semangkuk Nasi putih

Sedikit Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian masukkan 3 sudu kimchi dalam kuali.

Selepas itu pecahkan sebiji telur dan hancurkan telur serta gaul sebati bersama kimchi.

Seterusnya masukkan nasi dan tambah sedikit kicap kemudian gaul sebati sehingga siap.

*Nak tambah perencah isi ayam pun boleh ikut cita rasa masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar