Kehidupan seorang saintis Jepun berubah hanya dengan sepotong ayat Al-Quran ini

Siapa sangka hanya kerana satu ayat Quran boleh memberikan kesan yang mendalam kepada hati yang inginkan kebenaran. Betul seperti yabg dikata, hidayah itu memang milik Allah swt.

Merupakan seorang saintis dan pendidik, Dr. Atsushi Kamal Okuda berkhidmat sebagai seorang Profesor Sistem Politik di Universiti Keio, Jepun.

Kerap kita dengar bahawa orang-orang yang anti-agama sering menyatakan bahawa sains adalah satu-satunya yang diperlukan dalam hidup .
Manakala Tuhan serta agama hanyalah sebuah mitos serta tidak disokong oleh apa-apa bukti.

Namun begitu Dr. Kamal Okuda mempunyai pendapat yang berbeza apabila beliau melepasi garisan hidup tanpa Tuhan kepada kehidupan yang mana beliau tak boleh hidup tanpa bimbingan Tuhan.

Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda berkata bahawa hidupnya adalah tidak bermoral dan kurang pengetahuan tentang tujuan kehidupan sebenar.

“Sebelum Islam, kehidupan saya sangat teruk. Betul-betuk teruk. Jahil. Saya tidak tahu tentang kebenaran” kata Dr. Okuda.

Dr Okuda melalui pertempuran akademik dalam tempoh yang agak panjang dengan pelbagai jenis agama.

Sehinggalah beliau bertemu dengan agama Islam ,beliau memutuskan untuk benar-benar mengkaji tentang agama suci ini.

Semasa tahun keenam di kolej, Dr. Okuda sangat berminat mengenai perundangan dalam Islam.

Beliau kemudiannya menemui satu kertas penyelidikan di mana matanya tertumpu kepada satu ayat daripada Al-Quran yang telah mengubah hidup beliau selama-lamanya.

Ayat tersebut berkisarkan tentang bagaimana Allah menciptakan manusia daripada pasir, tanah liat dan debu. Salah satu daripada ayat tersebut:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya,” (Surah Al-Hjir 15:26).

Dan ketika beliau meneruskan pencariannya mendalami Islam, Dr. Okuda memutuskan untuk berpindah ke Aleppo, Syria bagi meneruskan pengajiannya dan juga mempelajari bahasa Arab.

Kegembiraan dan kelegaannya menjadi seorang umat Islam adalah satu rahmat yang tidak terhingga dalam hidupnya.

“Pada saat itu, saya memeluk Islam! Saya percaya ia merupakan kurniaan terhebat Allah dalam hidup saya”

Hari ini, kisah Dr. Okuda menjadi sebuah inspirasi. Beliau adalah satu contoh bukan sahaja kepada orang Islam Jepun tetapi bagi semua manusia di seluruh dunia tentang apa yang perlu dilakukan selepas mencari kebenaran untuk diri sendiri.

Beliau bekerja keras untuk berkongsi kurniaan Islam terhadapnya bersama-sama dengan orang lain.

Beliau bekerja dengan penuh semangat dalam kalangan rakan dan sahabatnya untuk menyebarkan Islam di Jepun dalam menyelamatkan negara Jepun daripada hidup tanpa bimbingan Allah.


Semoga Allah sentiasa memberkati individu seperti Dr. Kamal Okuda dan semoga beliau dapat membimbing lebih ramai lagi untuk menganut agama Islam.

Rujukan:

1. Muslim Council

2. Islam in Japan

Sumber: Iluminisasi via Salam.my