Cara Buat Sambal Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

Masalah ANGIN dalam badan akan membuatkan kita rasa tidak selesa kerana ia boleh menyebabkan sak it pada bahagian kepala sementara perut pula akan rasa senak atau sebu.

Selalunya petua untuk membuang angin dalam badan dikaitkan dengan halia.

Jadi di sini kami sediakan cara menyediakan sambal halia untuk mengatasi masalah tersebut.

Resipinya:
1 ketul halia (lebih kurang1/2 tapak tangan)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang – hiris
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam

Cara:
1. Blend halia dan bawang putih + air sikit.
2. Tapis dan buang airnya.
3. Masukkan sedikit garam dan daun bawang. Kacau rata.
4. Panaskan minyak 3 sudu tadi sampai betul-betul panas lepas tu curahkan minyak panas dalam halia yang dah siap tadi. Kacau sebati.
5. Siap.

Nak bagi sambal ni lagi wangi dan segar, boleh diletakkan sedikit minyak bijan.

Nota:
Sambal halia ni juga boleh dimakan bersama dengan nasi ayam. Memang sedap.

Selamat mencuba ! 👍

Sumber: Mazliza Ahmad via Sinar