Dikatakan bakal bernikah, Datuk Seri Eizlan Yusof masih berteka-teki

Baru-baru ini ada cuit-cuit yang  mengatakan duda hot Malaya,pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.

Namun demikian, Eizlan memohon semua pihak untuk menunggu jawapannya sewaktu sidang media yang akan diadakan pada 2 Disember nanti.

“Macam mana hendak komen sedangkan nanti akan ada sidang media. Pengurus saya sedang sibuk menguruskan perkara itu.

“Sama ada betul atau tidak berita saya bakal bernikah, semua itu akan terjawab pada sidang media berkenaan,” jelas Eizlan kepada BH Online semasa dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Memetik laporan portal tersebut, Ahad lalu ruangan pojok sebuah akhbar mendedahkan bahawa Eizlan bakal berkahwin dalam satu majlis gilang-gemilang bulan depan dan dikatakan bakal mendapat tajaan bernilai 2 juta tapi nampaknya kenalah tunggu 2 Disember nanti untuk tuan punya badan menjawab spekulasi tersebut.

Terdahulu Eizlan pernah berkahwin dengan usahawan, Vie Shanti Khan (33) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara (11), Zareef Yusof (9) dan Vie Zalia (6).

Walau bagaimanapun, rumahtangga mereka gagal dipertahankan dan mereka berpisah pada 2015.

Kalau sungguh bak dikata, siapalah agaknya wanita bertuah yang berjaya membuka pintu hati Eizlan tu ya. 

Tentunya bukan kaleng-kaleng.

Apapun, semoga urusan Eizlan dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin! 

 

 

 

 

 

Sumber:Xtra