Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami, dada akan rasa berdegup kencang . Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.
Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri. Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba.
Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya, dua hati yang berbeza tapi saling bertaut. Hebat kuasa Allah.
Tapi kadang2 isteri juga kena tau bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan ni suka sangat ganggu emosi dan perasaan orang perempuan.
Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu , takut isteri akan jatuh derhaka. Mohonlah petunjuk dengan berdoa.
Sebut naluri isteri ini, dia punya deria keenam memang power. Tak payah pakai bomoh ke apa, pejam mata pun isteri boleh tau kalau suami dia menipu. Sekali dia pandang muka, mata suami pun, isteri dah boleh agak ada yang tak kena. Jadi, para suami.. dengarlah nasihat ini.
Bila lelaki nasihat lelaki, dia tak main-main punya nasihat. Memang nak minta para suami buat betul-betul lah. Sekali suami langgar pantang ini, ‘tipu isteri’ selamanya berbekas dalam lubuk hati isteri.
Jangan Tipu Isteri “Yang.. abang balik lambat, pi tengok bola dengan member.” Bila kita cakap macam ni, jawapan isteri, “Okay abang, jangan balik lambat sangat.”
Jika kita dalam situasi ini, nak teruskan dengan niat atau batal kan saja niat kita? Kalau betul nak pi tengok bola, teruskan.
Kalau nak kelain batal kan saja niat kita tu brother. Kaum hawa ni, dia ada kelebihan yang kita kaum adam tak ada. Kita kalau buat salah belakang dia, mesti peratusan nak kantoi tu sangat tinggi.
PANCA INDERA KAUM HAWA NI PADU, KALAH KUASA THANOS. Cuba kita buat muslihat sikit, kata nak pi tengok bola tapi pi tengok wayang, paling paling dia dapat kesan lokasi kita. Tak pun dia akan keluar ayat, “tengok bola kat mana tu, bukan musim bola dah habis ke?” Ini Isteri Buat Nak Tajamkan Skill Six Sense Dia.
Eh! macam mana kaum hawa ni boleh tahu, untuk pengetahuan kaum adam sekalian, untuk memastikan kejujuran kita, mereka sanggup google dan kaji semua perkara berkaitan apa yang kita buat. Hobi kita boleh jadi hobi depa juga. Tapi cuba kita kaum adam ni, kita sukar untuk sama sama kaji hobi mereka.
Nak ikut depa buat hobi depa pun kita boleh bagi 1001 alasan. Sebab tu lah kaum hawa ni Super Power bab mencari ketidak jujuran lelaki. PEREMPUAN NI SATU JE, KALAU KITA DAH KANTOI SEKALI MENIPU, MEMANG SAMPAI KIAMAT LAH DEPA TAK PERCAYA DAH.
Baru jadi “nightmare” kat kaum adam. Mereka ni bukan nak menyibuk, tapi mereka ni bab bab kejujuran ni asas utama. Lagi satu dengan kaum hawa ni, tak perlu tipu pun, cuba kena guna bahasa dan cara yang betul untuk jelas kan pada mereka. InshaAllah mereka akan faham dan beri kerjasama.
Kesimpulan nya, jujur itu lebih baik dari menipu atau berkata dusta. Kunci kebahagian kita terletak pada kejujuran. InshaAllah cinta Adam Dan Hawa akan mekar ke syurga.
Sumber : Ariff Ismail via empirekini.website