Meski S4kit Kulit Kr0nik,Adik Alif Mampu Tulis Ayat Suci AlQur4n Dengan Baik

Kita selalu mendengar kata-kata bahawa setiap insan dilahirkan dengan kelebihan masing-masing.

Ia memang benar kerana kekurangan bukanlah penentu kemampuan seseorang itu, sebaliknya ia adalah batu loncatan untuk membentuk kita menjadi insan yang lebih baik.

Ia dapat disimpulkan menerusi kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Alif Firdaus, pengidap s4kit kulit Epidermolysis Bullosa.

Epidermolyais bullosa (EB) adalah kelompok peny4kit keturunan yang menyebabkan kulit menjadi rapuh dan mudah melepuh.

Epidermolysis bullosa juga menyebabkan kelainan di lapisan epidermis, lapisan dermis, atau membran basal (bahagian di antara lapisan epidermis dan lapisan dermis).

Disebabkan penyak1t itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan.

Namun begitu adik Alif seorang yang tidak pernah mengalah dengan penya kit yang dihidapinya dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya.

Menerusi perkongsian ibunya, Ruz Dyah di Facebook, dia meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu. Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali.

 

Menurut ibunya, ikutkan agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, Alif yang berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan tetap mencuba untuk menulis dengan baik.

Tambah ibunya, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.

Semoga kisah adik Alif menjadi inspirasi untuk kita agar sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Hendak seribu daya tak nak seribu dalih! 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:sinarviral