Jenama Hijab Sukan Pertama Dunia – Capsters Kini Milik Malaysia

Syabas diucapkan kepada Pengarah Innovacia Sdn Bhd. Fazlin Ismail yang telah mengambil alih sebuah jenama hijab sukan yang begitu terkenal seluruh dunia,Capsters pada penghujung tahun 2019 yang lalu.

Jika dilihat sekali imbas mend0minasi sebuah syarikat antarabangsa seperti Capsters adalah sesuatu yang mustahil tetapi Fazlin membuktikan sebaliknya.

Capsters dikenali  kerana ia telah membantu wanita Muslimah untuk terus bergerak aktif dalam sukan tanpa batasan.

Idea rekaan hijab sukan ini telah dicetuskan oleh seorang pereka Belanda, Cindy van den Bremen.

Ia bermula apabila salah seorang murid di Belanda tidak dibenarkan menyertai acara sukan di gym kerana menggunakan hijab yang dikatakan tidak selamat.

Melihat situasi tersebut, Cindy telah mendapat idea untuk mereka hijab khas menggunakan fabrik yang selesa dan tidak berpin sebagai topik tesis akademik  beliau di Design Academy Eindhoven.

Hasil tesis Cindy mula mendapat perhatian dan pesanan khas mula masuk di seluruh pelusuk dunia.

Maka lahirlah Capsters dan jenama ini telah dikomersilkan bermula tahun 2001.

Walaupun baru setahun jagung, Capsters telah mendapat perhatian ramai sehingga memenangi Good Design Awards di Jepun pada tahun 2002.

Sehingga kini produk hijab sukan Capsters telah dijual di 16 buah negara termasuk Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara, Afrika dan Australia.

Koleksi hijab sukan ini juga lengkap dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai aktiviti sukan seperti berlari, bola sepak, kecergasan, berenang serta acara sukan sejuk.

Bukan itu saja, Capsters direka istimewa untuk kanak-kanak dan mereka yang mahukan hijab labuh.

Walaupun hijab ini direka buat wanita Muslimah yang aktif bersukan tetapi ia tidak terhad kepada golongan ini sahaja. Hijab ini juga sesuai digunakan di mana sahaja tak kira masa.

Semoga dengan pengambilalihan ini terus merancakkan pasaran hijab sukan di seluruh dunia dqn seterusnya berkembang menjadi suatu jenama Malaysia bertaraf global.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Hij4bista