Afieq bina badan sebab pernah kena bu li

Pengalaman silam telah mendorong pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan mengu bah penampilan fizikalnya.

Afieq, 22, berkata, kerana tidak t4han disin dir, dia tekad m3mbina badan sejak lima tahun lalu.

“Ketika berusia 17 tahun, saya kurus dan ‘k3ding’ hingga kena bu li. Keadaan fizikal saya menjadi ‘b4han’ teman-teman.

“Namun, saya tidak ambil peduli usikan mereka. Saya b4ngkit dalam diam. Saya mula membina otot badan demi kepua san dan keyakinan diri.

“Sebelum ini, tidak ramai orang tahu saya melakukan rutin angkat berat. Namun, apabila sudah mencapai matlamat, barulah saya berkongsi mengenainya dalam media sosial,” ujar Afieq.

Afieq yang popular dengan lagu Lelaki Di Telefon berkata, dia menggunakan khidmat bapa saudaranya sebagai jurulatih kecergasan.

“Lazimnya, apabila ada kelapangan terutama pada sebelah malam, saya akan meluangkan masa di gimnasium,” katanya.

Sementara itu, Afieq berkata, dia tidak terdesak mencipta kontr0versi bagi meraih perhatian.

“Saya selesa p0pular atas bakat sendiri. Jika diikutkan, ramai yang menyuruh saya mencipta s3nsasi. Malah, lebih t3ruk, ada yang mencadangkan saya buat k0ntroversi dalam bilik sendiri,” katanya yang pernah digosip bercinta dengan Wani Kayrie.

Afieq berkata, kontr0versi ada kebaikan dan keburukannya.

“Ada artis namanya naik biarpun terpalit kisah n3gatif. Namun, bagi saya, kalau hendak ‘mencipta’ k0ntroversi demi p0pular, saya tidak akan buat,” katanya.

 

 

Sumber:BH