PU Rahmat buka kisah dukaa Puteh sebelum bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Malam tadi telah berlangsungnya peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) di Royal Theatre Shah Alam yang menyaksikan kumpulan Puteh sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).

Kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man tampil yakin menerusi persembahan menarik dan mendapat pujian barisan juri menerusi dua tugasan yang bertemakan bebas dan muzikal.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan kumpulan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Puteh juga diumumkan sebagai pemenang anugerah Oppo Punchline Machine daripada undian penonton dan Flamintoz Kumpulan Paling Syok menerusi pilihan juri.

Namun di sebalik kejayaan itu, PU Rahmat dalam post terbarunya di FB menceritakan perjalanan kumpulan Puteh untuk bergelar juara tidak semudah yang disangkakan.

Sejurus selepas siaran langsung tersebut tamat, Pu Rahmat bersama salah seorang anggota Puteh iaitu Mamak memulakan perjalanan untuk ke Kem Anak Muda di Mersing.

Tulis PU Rahmat, “Mamak bagi tahu saya “ 8 tahun saya tunggu untuk dapat jadi Champion” .

Perjalanan Puteh nak juara ni bukan sehari dua dan semalam bila Ali izinkan kisah Ainul Mardhiah sebagai cerita pesta hanyalah sekelumit kisah daripada dukaa perjalanan Puteh .

Pada tahun 2016 , semasa menang Raja Lawak, keesokkan harinya ibunya pergi.
.
Itu belum lagi kisah @manrajalawak yang tidak dapat mencari makan dalam dunia Lawak, bertahun-tahun tak dapat jemputan. Bagi artis apabila tiada jemputan bererti tiada bayaran dan tiada makan .

Semoga penat mereka 8 tahun ini berbaloi dengan 500 ribu ringgit dan paling penting ,lawak dan sentuhan mereka yang memasukkan elemen nasihat dan kebaikan dinilai Allah sebagai pahala.”

Min pun  setuju dengan pandangan PU Rahmat. Memang persembahan Puteh ada isi. Mungkin kerana pengalaman hidup menjadikan pengisian lawak mereka matang. 

Semoga kumpulan Puteh terus maju.

 

 

Sumber: FB Pu Rahmat