Menerusi laman Youtube Gegar, DJ Nazz menjemput selebriti sensaasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah menarik perhatian ramai.
Dalam temubual itu, Azwan bukan saja berkongsi mengenai kerjaya, malah bekas hos terkenal ini turut berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama penyanyi Ziana Zain.
Tanpa berselindung dia mengulas secara jujur spekulasi yang selama ini mengenai isu ‘paatah hatinya’ dengan bintang berkenaan.
Walau puluhan tahun berlalu, namun lelaki ini mengingati setiap inci memorinya.
“Masa itu saya sedang berangan bercinta dengan Ziana Zain. Saya ke rumah dia dan berjumpa bapanya untuk meminta izin membawa Ziana keluar makan. Bapanya berpesan agar menjaga Ziana baik-baik.
“Walaupun hati saya memberontak mahukan Ziana Zain namun orang kata Korban Cinta. Dia tiada perasaan yang sama terhadap saya, hanya saya yang bertepuk sebelah tangan.
“Tapi dia sudah kena kaarma, tengok apa yang terjadi kepadanya. Bangga sangat berkahwin dengan lelaki itu.
“Semasa membawa Ziana Zain keluar, saya rasa seolah-olah seperti Justin Bieber, namun dia memanggil saya ‘deknon’.
“Daripada Shah Alam, saya membawa dia ke Hotel Concorde dan waktu itu saya meluahkan perasaan dan katakan saya suka padanya,” akuinya.
Lalu, ini reaksi yang diberikan penyanyi cantik itu.
“Namun jawapannya ‘deknon jangan nak meng4da. Kita kawan sahaja, tak ada feeling-feeling. I tak berminat’. Selepas beberapa minggu, keluar kenyataan di Media Hiburan katanya ‘saya tiada taste dekat Azwan Ali.
“Bayangkan maruuah lelaki saya pada waktu itu,” jelasnya tanpa berselindung.
Pengacara hebat ini turut menyatakan perwatakan Ziana Zain yang ‘simple’ membuatkan dia jatuh cinta.
“Sewaktu saya gilakan dia, dia seorang yang simple lady. Bukan seperti sekarang, semakin cantik dan vogue.
“Dia semp0i dan itu yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Dia ada sesuatu yang menarik di mata saya. Tapi tak ada jodoh, tak apalah,” katanya lagi.
Selain itu, Azwan turut menjawab persoalan mengenai peruubahan dr@stik penampilan berbanding sewaktu awal kemunculan dalam dunia seni.
“Saya akui ramai yang memuji ketampanan saya waktu awal dahulu dan masih menyimpan komen-komen berkenaan. Tapi sebenarnya saya mahu jadi begini, saya tidak peduli.
“It’s just a change of life. Lagi saya dikuutuk, ini cara saya pr0voke mereka,” tambahnya menerusi rancangan terbabit.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: MH